
Sepanjang setahun lebih sy berada di sini, sy sering melawat laman web universiti2 yang turut menawarkan kursus yang berkaitan dengan Tech Comm terutamanya di dalam bidang HCI untuk mengetahui perkembangan semasa.
Selalunya bagi setiap subjek, kebanyakan professor akan menyediakan laman web khas untuk meletakkan fail2 yang digunakan untuk mengajar (biasanya fail MS Powerpoint) untuk dimuat turun oleh pelajar dan pelawat. Gumbira sy
. Habis semuanya sy download.
Yang tambah menariknya sekarang, di samping berkongsi maklumat melalui laman web, pendidikan di sini sudah maju satu langkah ke hadapan. Rakamkan keseluruhan seisi kelas dan kongsikan bersama di iTunes U. Menarik bukan?
Sekarang, sesiapa saja yang berminat untuk mendalami sesuatu bidang, boleh mendengar/melihat fail2 tersebut melalui iTunes. Kepada yang memiliki iPod pula, boleh memuat turun dan mendengar/melihat tak kira di mana berada; menunggu bas, berjogging atau sambil makan goreng pisang
.
Walaupun ianya tidak dapat menandingi kelebihan belajar di kelas (due to lack of human touch and face-to-face interactions), sedikit sebanyak ianya menyumbang kepada perkongsian ilmu terus ke peringkat global dan seterusnya mampu mengubah cara hidup kita. Bagus sekali…

2 responses so far ↓
fajar // January 17, 2008 at 2:07 pm |
Khairil, thank you so much for this! Tak realize pun ada benda ni. Wee, excited sungguh. Nampaknya rajin la mendownload benda2 menarik dlm itunes ni. Maklum la, selama ni dok guna itunes play music je. Great!
khairilmk // January 17, 2008 at 8:30 pm |
Fajar,
Currently there are 28 colleges in US on iTunes U. Hopefully after this, more will join in especially unis from the rest of the world. There is an interesting article on washington post which talks about this.
What I like about iTunes U; while listening to the lectures and gain some knowledge, we get to improve our English and our public speaking skills as well from the seasoned professors. Good stuff!