Troy, Shah Alam and …

Entries from January 2008

Buku $0.01, Shipping $3.99

January 16, 2008 · 4 Comments

Minggu pertama semester = minggu membeli buku teks. Selalunya seminggu sebelum kelas bermula, senarai buku dah dikeluarkan. Bagi sesiapa yang berwang, tak yah pergi jauh2, semuanya ada di RPI Bookstore. Bagi yang kurang wang (hehe, guilty as charged), singgah je ke Amazon.com dan Half.com, problem solved! Mana taknya, kalau satu buku dah $80, kalut gak jadinya.

Bestnya membeli buku di Amazon berbanding Barnes & Nobles dan Borders ialah harganya selalu meletop :) . Mesti ada diskaun. Contohnya buku Eyetracking Web Usability ni (dijangka keluar March 29 ‘08), harga asal $50, Amazon dah siap offer $31.50.

Itu kalau buku baru. Belum dikira used books lagi. Kalau rajin mencari dan kebetulan bernasib baik, dapatlah buku yang dijual dengan harga $0.01. Kualiti macam buku library (which is quite good). Tapi yang lecehnya, kos shipping jauh lebih mahal dari harga buku ($3.99 – standard shipping rate) …

Categories: RPI · USA

And the final semester begins!

January 15, 2008 · Leave a Comment

Troy, albaN.Y.
Down below is the town of Troy, albaN.Y. while at the end of the road is the majestic Hudson River (May ‘07) .

Cepat sungguh masa berlalu. Hari ini merupakan hari pertama untuk Spring ‘08 @ semester terakhir di RPI. It’s good to see some familiar faces back on campus after a month’s break. Semangat benar nak masuk kelas hari ini. However somehow, I have a mixed feelings about all these. A little of sadness and a little bit of joyness.

Sedih pasal selepas semester ni tamat penghujung April nanti, dah tak berpeluang untuk belajar secara formal di RPI (however, the good thing is I can still contact all the wonderful professors asking for their valuable experts advise and opinions).

Happy? Sudah semestinya dapat pulang ke tanahair berjumpa dengan family and friends. Tambah pula selepas 2 tahun cuti belajar, tak sabar rasaya nak berkongsi ilmu dengan rakan2 di jabatan.

Kelas untuk semester terakhir ni tak sepadat seperti yang lepas2. Isnin dan Khamis, kelas Social Impact on Electronic Media (12.00 – 2.00) dan Selasa, Studio Design in HCI (6.00 – 9.00). Selebihnya sy akan gunakan untuk menyiapkan dua independent studies, satu untuk HCI dan satu lagi untuk Graphics Design.

Hopefully this semester will be as enjoyable and fun as the semesters before this, Insya Allah.

Categories: HCI · RPI · USA

Google anybody?

January 14, 2008 · Leave a Comment

Categories: HCI · Kerjaya · Technology · USA · Usability

Ambient Findability

January 14, 2008 · Leave a Comment

//www.oreilly.com/catalog/covers/0596007655_cat.gif

I am currently reading Ambient Findability, a wonderful book written by an information architect, Peter Morville. In the digital age where information is easily accessible at our fingertips, it’s all about to be able to find anything from anywhere at anytime, the ultimate findability.

As we all know, information overload is the talk of the town nowadays. Thus this book is a particularly good reference for web developers in designing a usable and a better navigable websites to facilitate users in finding the information they’re looking for.

And remember, you cannot use what you cannot find…

Categories: HCI · Usability

Tokoh Maal Hijrah 1429

January 11, 2008 · 3 Comments

Mak dan abah saya mesti tumpang gembira apabila Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari dianugerahkan Pingat Tokoh Maal Hijrah 1429. Selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan, mak dan abah sering ke Kompleks Islam Al-Bukhary di Jalan Langgar, Alor Setar (lebih kurang 5 minit perjalanan daripada rumah) untuk memantapkan ilmu agama. Besar kompleks tu, siap ada sekolah dan rumah anak yatim lagi. Model pondok agama moden.

Bila sy baca kisah kehidupan beliau, sy tertarik sekali dengan kata2 beliau mengenai sikap pemalas dan pemalu. Sememangnya perlu dikikis dan dihapuskan terus sikap2 negatif ini.

Bagi sy mudah saja, bila perasaan malas tu datang melanda terutamanya bila masa nak baca buku/artikel dan menyiapkan assignment, saya tak fikir panjang lagi, ‘Just Do It!‘. Habis cerita…

*Update: A good article on our Tokoh Maal Hijrah 1429, Tan Sri Syed Mokhtar

Categories: Family

Life after Microsoft…

January 9, 2008 · 2 Comments

LOL! I just couldn’t stop laughing while watching this video. Come this July, the richest man in planet earth will say goodbye to Microsoft. Last Sunday night, Bill Gates presented his last keynote at CES (which is now taking place in Las Vegas, from 7 – 10 Jan ‘08)…

Categories: Technology · USA

Evolusi pendidikan – iTunes U

January 8, 2008 · 2 Comments

Sepanjang setahun lebih sy berada di sini, sy sering melawat laman web universiti2 yang turut menawarkan kursus yang berkaitan dengan Tech Comm terutamanya di dalam bidang HCI untuk mengetahui perkembangan semasa.

Selalunya bagi setiap subjek, kebanyakan professor akan menyediakan laman web khas untuk meletakkan fail2 yang digunakan untuk mengajar (biasanya fail MS Powerpoint) untuk dimuat turun oleh pelajar dan pelawat. Gumbira sy :D . Habis semuanya sy download.

Yang tambah menariknya sekarang, di samping berkongsi maklumat melalui laman web, pendidikan di sini sudah maju satu langkah ke hadapan. Rakamkan keseluruhan seisi kelas dan kongsikan bersama di iTunes U. Menarik bukan?

Sekarang, sesiapa saja yang berminat untuk mendalami sesuatu bidang, boleh mendengar/melihat fail2 tersebut melalui iTunes. Kepada yang memiliki iPod pula, boleh memuat turun dan mendengar/melihat tak kira di mana berada; menunggu bas, berjogging atau sambil makan goreng pisang 8) .

Walaupun ianya tidak dapat menandingi kelebihan belajar di kelas (due to lack of human touch and face-to-face interactions), sedikit sebanyak ianya menyumbang kepada perkongsian ilmu terus ke peringkat global dan seterusnya mampu mengubah cara hidup kita. Bagus sekali…

Categories: Technology · USA

HLP: Loquacious, Nefarious, Pulchritudinous: Oh tidak! Apakah semua ini?!!!

January 8, 2008 · 3 Comments

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

Sesudah puas beraya di kampung dan kembali ke Kuala Lumpur pada minggu kedua November ‘05, perkara pertama yang sy lakukan ialah mendaftarkan nama untuk mengambil ujian GRE dan TOEFL.

GRE ialah Graduate Record Examination. Ianya diperlukan khusus untuk kemasukan ke peringkat post-graduate bagi universiti2 di US. Ujian berkomputer selama 4 jam ini lebih kepada untuk menilai kemampuan quantitative, verbal dan analytical writing skills.

Di antara 3 bahagian ini, verbal paling banyak mendatangkan masalah bagi sy. Mana taknya, macam kena menghafal kamus kisahnya -Loquacious, Nefarious, Pulchritudinous. Bukan jarang guna, memang tak pernah guna langsung ;) . Pening, pening…

Bagi memudahkan sy menghafal maksud perkataan2 ni, sy gunakan flash card. Ke mana saja sy pergi, sy bawa flash card ni. Portable, reliable and effective.

TOEFL pula ialah Test of English as a Foreign Language. Kalau sesiapa yang pernah mengambil IELTS untuk kemasukan universiti di UK, ianya lebih kurang saja. TOEFL digunakan untuk menilai kemampuan kita memahami dan menulis di dalam standard American English.

Memandangkan sy pernah mengambil IELTS sebelum ni (1995), tidaklah terasa gubra sangat. Lagipun jika dibandingkan, TOEFL tidaklah terlalu mencabar berbanding GRE. Jadinya fokus sy lebih kepada GRE.

Yuran untuk mengambil GRE dan TOEFL pada November ‘05 ialah $140 (RM490) untuk setiap ujian. Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat melalui laman web Educational Testing Service. Lokasi mengambil ujian di Kuala Lumpur pula ialah di Prometric Testing Center (di belakang Hotel Sheratol Imperial, Jalan Sultan Ismail).

Dipendekkan cerita, selepas puas berhempas pulas menghafal Oxford English Dictionary, sy berjaya mendapat keputusan yang diperlukan untuk memohon universiti di US. Kebiasaannya untuk GRE, markah yg diperlukan ialah 1200 (Verbal 600/800 dan Quantitative 600/800). TOEFL pula ialah 250/300.

Ingatkan boleh berehat sekejap, rupanya ada lagi yang menanti. Next: Antara fantasi dan realiti: Universiti idamanku…

Categories: Family

HLP: Tahniah! Permohonan anda berjaya

January 7, 2008 · Leave a Comment

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

Selepas selesai menghadiri seisi temuduga di peringkat jabatan di dalam bulan Mei ‘05, sy lupakan seketika kisah tentang HLP sambil meneruskan kerja di pejabat seperti biasa . Mengikut kebiasaannya pada tahun2 lepas, keputusan hanya akan diketahui di penghujung bulan Oktober.

Alkisahnya, Aidilfitri tahun itu jatuh pada 3 November. Jadinya minggu terakhir di bulan Oktober memang sibuk bebenar; kena hadiri mesyuarat, taklimat dan termasuk kerja2 lain yg perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang…

Kemudian, bila tiba 2 hari terakhir bekerja sebelum mula bercuti, sy terfikir sekejap. Kalau tak dapat result juga sebelum cuti, mesti tak terasa kemeriahan Aidilfitri kali ini. Mana taknya, orangnya di Alor Setaq tapi fikiran dok melayang di Putrajaya. Makan tak lena, tidur tak kenyang.

So, apa kata kalau talipon je? Where there’s a will, there’s a way – kata orang kampung abah saya di Baling, Kedah. Seperti dijangka, susah sikit nak dapat sambungan, semestinya calon2 yang lain pun nak tahu keputusan masing2. Akhirnya selepas 2/3 kali mencuba dapat juga bercakap dengan pegawai yang bertanggungjawab.

Selepas bercakap berapa minit, Alhamdullilah – beliau memaklumkan permohonan sy diluluskan. Gumbira tak terkata :D . Bolehlah sy berhari raya dengan secukup rasa :) . Tapi tak lama gembiranya, cerita tentang HLP ni masih panjang kisahnya. Tambah2 lagi kalau nak ke negara Uncle Sam, United States of America…

Next: Loquacious, Nefarious, Pulchritudinous: Oh tidak! Apakah semua ini?!!!

Categories: Malaysia

Rock Kapak…

January 7, 2008 · Leave a Comment

BPR – Seribu Tahun Takkan Mungkin. Otai habis! I particularly love the ‘goreng’ part (mark 2.40). And er, don’t forget to spot the cool hairdo as well. 8)

Categories: Malaysia