Troy, Shah Alam and …

Entries from February 2008

The White House

February 27, 2008 · 1 Comment

Kebanyakan rumah2 di sekitar tempat kami tinggal kurang lebih cam gini rupanya, jenis yang sebuah2 gitu. Harga di pasaran sekarang kurang lebih dalam $200k – $300k. Dulu kalau rumah2 cam gini dijual, ramai yang berminat. Berderu orang datang. Tak menang tangan si agennya. Tapi semenjak dua menjak ekonomi US dah jatuh skit sekarang, dah kurang minat orang pasal hartanah ni…

Categories: USA

Rensselaer…

February 27, 2008 · Leave a Comment


Nun kat bawah ialah pekan Troy :) . Kepada sesiapa yang pernah tengok pilem Time Machine, gambar US masa zaman dolu2 tu were filmed here in Troy (early part of the movie).


Architecture Building. Gambar raya pelajar Malaysia tahun lepas diambil di sini kisahnya.


Pittsburgh Building. Bekas hospital ni. Ramai yang tak berani stay back sampai lewat malam, katanya…


Quad. Bangun lewat pun, sempat lagi lari masuk kelas. Kalau tinggal kat sini, memang dekat sangat dengan kelas, tapi MAHALLLL…


Anak tangga menuju je kelas. Masa fall lepas, cantik view kat sini. Sekarang daun pun dah gugur semua…


Rensselaer…

Categories: Family

This is funnnnnnnn….

February 25, 2008 · Leave a Comment

Dah lama tak ajak Atiqah main slide kat belakang rumah. Selalunya kami berdua je, Ayu & Aqif memang tak minat langsung, takut SEJUK, hehehe. Kali ni, kami paksa gak Ayu join. Aqif macam biasa, katakan TAK NAK! untuk snow :) . Baik main PS2 katanya :D .

Categories: USA

Cantik, Menarik, Tertarik…

February 23, 2008 · 3 Comments


Crossgates Mall, Albany. Untuk gambar yang lebih besar, sila klik di sini….

Rasanya apa yang cantik, menarik, dan tertarik mengenai gambar di atas? Kepada 5 pembaca yang yang berjaya memberi jawapan dan ulasan yang terbaik mengenai mengapa anda merasakan gambar di atas mempunyai signifikan yang tersendiri (ada yang tersirat di sebalik yang tersurat), hadiah menarik bakal menjadi milik anda :D . Nak tau apa hadiahnya? Tu dia…


Disney Light-Up Pen

Setiap pemenang bertuah akan menerima SATU Disney Light-Up Pen yang sungguh menarik dan istimewa. Pen ini akan mengeluarkan cahaya apabila anda menggunakannya. Wow! Sungguhku terpesona :)

Syarat2 pertandingan:

  1. Jawapan dan ulasan mesti dihantar dengan menggunakan ruangan komen entri ini.
  2. Pembaca boleh menghantar seberapa banyak jawapan yang anda suka.
  3. Tarikh tutup ialah 29 Februari 2008.
  4. Keputusan pengadil (sy lah tu) adalah muktamad 8) .

Apa tunggu lagi, jom teka ramai2…

Categories: Malaysia · USA

Washington Park, albaN.Y.

February 23, 2008 · Leave a Comment

Semasa keluar pergi shopping barang2 rumah petang tadi, salji turun lagi di sekitar Albany, ibu negeri New York. Sempat singgah sekejap di Washington Park, Albany. Terpesona seketika dengan keindahan ciptaanNya…

Categories: USA

Jome ke MAS Travel Fair, 22 – 24 Februari 2008

February 22, 2008 · Leave a Comment


Source: Flickr.com

Buat sesiapa yang ingin terbang bersama MAS, jangan lupa kunjungi MAS Travel Fair bermula hari ini (22 Feb) hingga Ahad ini (24 Feb). Harga dijamin murah (siap promo lagi). Tiket boleh dibeli di kaunter, melalui laman web MAS dan juga dengan menggunakan talian 1-300-88-3000.

Pagi tadi, tepat pkl 12:01 pagi adik bongsu dah bersiap sedia di laman web MAS. Kataya bilangan pengunjung boleh tahan juga ramainya. Tepat jam 12:59 pagi, electronic ticket diterima melalui email. Insya Allah, jika tiada aral, kedua ibu bapa sy akan ke sini untuk hari graduasi sy :) .

Categories: Malaysia · USA

You’ll never walk alone…

February 20, 2008 · Leave a Comment


Source: BBC Football

There’s this thing about Liverpool nowadays. I kinda noticed that whenever they’re playing against top teams especially against those Europeans’ big guns like Inter, AC Milan, Barca etc, their game play seems flawless, and even impeccable some times.

Take for instance tonight’s Champion League’s game: a 2 – 0 win against Serie A front runner, Inter Milan. The sending off of Materazzi looks a bit controversial to me, but still that’s the beauty of football. Nothing is certain and predictable. Well, not unless if they are death and taxes of course.

But wait, what about last week’s lost against Barnsley in the FA’s 5th round match? Come on Rafa, don’t play2 one. Why can’t you just forget the rotation system and let the best players roaming the field instead…

Categories: Soccer · UK

Makanan sebagai penghalang utama?

February 20, 2008 · 5 Comments


Source: Flickr.com

Semalam sy terbaca satu artikel menarik yang mengatakan bahawa antara punca2 yang sering diberi oleh pemain bola sepak negara apabila gagal beraksi dengan baik ketika seisi latihan untuk pemilihan di kelab2 terkemuka di Eropah adalah disebabkan faktor makanan dan suhu yang dingin. Apa pendapat anda?

Mungkin ada yang bersetuju, mungkin juga ada yang mengkritik. Takkan lah disebabkan oleh makanan, dah tak sanggup. Nampak macam remeh je. Tak professional lah macam ni. Hmmm…

Bagi sy mungkin ada benarnya. Cuba tanya kepada sesiapa yang pernah tinggal di perantaun, tak kisah sama ada sebagai pelajar atau expatriate, apakan antara perkara yang paling dirindui mengenai tanahair? People, weather, and oh yeah, FOOD!

Dari segi Maslow’s hierarchy of needs, benda paling asas sekali di dasar piramid tersebut ialah tidur, bernafas, dan makanan. Yes, makanan. Tanpa makanan yang bersesuaian, dah tentu ianya sedikit sebanyak mempengaruhi aktiviti seharian. Tambah2 pula sebagai seorang pemain bola sepak professional, yang menuntut pemain tersebut berlatih hampir 6 jam sehari di atas padang, kemudiannya diikuti dengan seisi latihan di gym. Berada di tempat asing pula tu…

Harus diingat diet orang di benua Asia ni dah semestinya tak sama dengan diet orang di benua2 lain. Buat sesiapa yang telah merantau ke Eropah atau ke Amerika Utara, bukan mudah nak mencari makanan yang hampir serupa dengan diet seharian semasa di tanahair.

Nak tak nak, kena masak sendiri. Singgah je di Chinatown. Semuanya ada, dari durian sampai ke kicap kipas udang ;) . Tapi kalau dah sibuk berlatih di padang, ditambah pula dengan keletihan, sempat ke nak masak?

Kalau bernasib baik, jika tinggal di kota2 besar seperti London, New York dan Paris, kemungkinan besar terdapat warga Malaysia yang membuka restaurant menjual makanan Malaysia. Bagi yang jauh, macam kami ni :( , sanggup drive 3 jam ke New Haven semata2 nak merasa mee bandung Warung Selera (Kak Shila, Mei nanti kami datang lagi, Insya Allah :D ).

Cuba lihat pasukan Korea dan England ketika Piala Dunia 2006 di German. Mereka membawa bersama2 tukang masak khas untuk pemain2 dan pegawai2 mereka. Tujuannya? Sudah mesti bagi memastikan kesemua mereka dapat menumpukan perhatian kepada bolasepak, tanpa perlu risau untuk keluar mencari makanan yang bersesuaian dengan cita rasa mereka…

Categories: Kerjaya · Malaysia

President’s Day…

February 18, 2008 · Leave a Comment


Source: Flickr.com

It’s President’s Day today. This can only mean one thing. School is closed :) . As much as I LOVE going to classes etc ;) , a day off before my mid term exam is welcomed with open arms. Tambah pula sekarang tengah hujan kat Troy, sambil pekena mihun goreng & french vanilla cappuccino, not bad gak :D . Thanks Ayu!

Talking about President, it seems that the race to become the candidates (Democratic and Republican) for the oval office is well on its way. Actually, no matter who get elected, history is already in the making.

Come this November, Americans for the first time in the history will have either a woman (Hillary Clinton), an African American (Barack Obama) or the most senior candidate ever (John McCain, 71) as their President. Ronald Reagan was 69 years old when he assumed the post as the 40th US President on Jan 20, 1981.

Currently, all of these hopeful candidates are rather busy with their daily speeches to convince the good people of America to elect them to the White House. Favorite topics range from domestic affairs such as health care and the supposedly economy downturn situation while as for the foreign issues, the most popular is definitely the Iraq war.

From time to time, the candidates will face each other on a heated debate broadcasts live to the public. One thing for sure, all of them can pitch. I really mean it. They are good speaker, knowledgeable as well. More than that, almost all are charismatic. I strongly suggest for those of you who are interested to improve your public speaking skills, do follow these debates. They are currently available on YouTube…

Categories: USA

Crazy guy on a bike…

February 17, 2008 · Leave a Comment

Semalam sy terbaca berita gembira mengenai kepulangan wira Everest negara Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobain ke tanahair selepas beberapa bulan mengembara ke serata dunia dengan menaiki basikal. Sekalung tahniah buat beliau!

Di samping Qobain, mungkin ada di antara kita yang tak tahu mengenai seorang lagi warga Malaysia yang sedang di dalam perjalanan menuju pulang ke tanahair dengan menaiki basikal. Tzuo Hann Law, pelajar lepasan Duke University, USA memulakan perjalanan beliau sejurus selepas tamat pengajian pada May 27, 2007.

Di dalam rasmi beliau, tertera, “College graduate trades a flight home for an adventure on two wheels.”

Hampir setiap hari sy mengikut siri pengembaraan beliau merentasi benua. Memang tertunggu saja update terkini. Yang menariknya, kos untuk membiayai perjalanan ini, semuanya ditanggung sendiri oleh beliau. Bagi yang berminat, website beliau ialah crazyguyonabike.com/doc/longwayhome. Mengikut perancangan, beliau akan tiba di tanah air pada 13 Mac. Malaysia Boleh!

Categories: Malaysia · USA