Sy mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang nukilan di ruangan blog ‘From Troy to Shah Alam’ ini terkadang ada yang mengguris hati. Sy sekadar manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan.
Perancangan hari raya esok: Semestinya kami sekeluarga akan bersembahyang sunat Eid Fitri di Surau Taman Rakyat, Alor Setar (selepas dua tahun berhari raya di Troy, NY) . Selesai bermaafan dengan kedua mak dan abah, kami akan ke Mergong untuk berhari raya dengan keluarga Ayu. Petangnya, Insya Allah kami akan pulang ke kampung halaman di Kupang, Baling, Kedah. Berkemungkinan bermalam di sana semalam sebelum bertolak balik ke Alor Setar pada hari raya keduanya.
Hari raya ketiga? Tengah dok pikiaq nak pi serbu rumah sapa dulu. Atiqah & Aqif nak kutip duit raya, hehehe…
