Troy, Shah Alam and …

Entries from March 2009

Panel Juri…

March 29, 2009 · Leave a Comment

Jumaat lepas, sy telah menerima sepucuk surat dari opis korporat jabatan.

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dilantik selaku Panel Juri untuk Anugerah Laman Web Terbaik 2009 bla, bla, bla…

Alhamdulillah. Kalau ikutkan ini kali kedua sy diberi tanggungjawab sebegini. Kali pertama sebelum sy ke Troy dulu.

Daripada senarai yang ada, cuma sy daripada 5 orang yg dilantik tu bukan dari opis IT jabatan. Terima kasih di atas kepercayaan yg diberikan…

Ada yang bertanya, camna qs boleh jadi juri web? Errr, zaman dah berubah, dunia semakin maju…

Categories: Family

Nonton movie…

March 25, 2009 · 1 Comment

Lama rasanya dah tak tengok movie. Ada movie channels dalam Astlo pun tak terkejar. Tambah lak sekarang dengan AF7 nya, memang tak ada harapan aaa nak pegang remote…

Masa di Troy dulu, kami langgan Netflix. Sewa DVD melalui pos. $18 for a month (~ 20 DVD). Order online, esok sampai rumah, lepas tu hantar balik (just letak dalam mailbox). 2 days later, a new one will arrive. Layankan?

Web Netflix tu sendiri dah memang mantap (very usable and great user experience) dan jarang offline (diaorang memang tak ada brick-and-mortar store, cuma ada distribution centers jer di setiap state). Ditambah lak dengan US Postal Service yang on par dengan FedEx and UPS when it comes to service-effectiveness, sepanjang 2 tahun kat sana asyik layan movie jer…

Setahun sebelum kami balik, Redbox (gambar kat atas tu – dvd cover kat atas, ambil dvd through the machine) datang ke Troy. Diaorang letak satu kat Price Chopper (kurang lebih macam Giant). Satu movie $1 untuk sehari/semalam. Kalau tak hantar the next day, credit card akan kena charge extra $1 dan seterusnya. Yang ni pun okay gak pasal kebetulan bas yg sy amik ke school tu lalu ikut Price Chopper. Efektif dan efisyen.

Agak2 kalau buat kat Malaysia, okay ke idak?

Categories: Family

Top 5 daily websites…

March 24, 2009 · Leave a Comment

A must, on daily basis that is:

  • Gmail
    To check my mail (duh!)
  • Google Reader
    For news and fav blogs entries
  • Facebook
    Social interaction is a must
  • Soccernet
    Hey, I need to enjoy every second of the Reds’ majestic performance nowadays
  • Maybank2U
    Mana tau, tetiba ada duit tah dari mana2 termasuk dlm a/c, huhu :D . Errr btw, cik di bhgn kewangan yang jaga claim tu, bila claim sy yang bulan lepas nak masuk? Tengah kering ni *Sib baik esok gaji dah masuk…

Categories: Family

Back 2 Genting…

March 20, 2009 · Leave a Comment

2 minggu lepas sy ke Genting, ada bengkel 3 hari 2 malam. Kebetulan pula sy jadi salah seorang penceramahnya. Dah lama rasanya tak ke sana, paling akhir sekali seingatnya tahun 2005.

Awal bulan depan, Insya Allah ke sana lagi. Kalau sebelum ni berbengkel di S*** M*******, kali ini di A**** lak. Hmmm, pepagi di Genting cam terasa ada aura ala2 Troy lak, especially time fall gitu2…

Kalau bawak Atiqah ke sini, sure sukak girl2 gitu…

Categories: Family

Awas, serial writer sedang berkeliaran…

March 20, 2009 · Leave a Comment

Cam bagus lak tajuk kat atas ;) . Nway, sy nak bercerita skit pasal kegilaan satu macam yang melanda sy sekarang – suka menulis. Memandangkan momentum menulis proposal dua minggu lepas masih segar bugar lagi, sy lupa kejap kerja@hobi sy, alaa design web tu.

Sekarang, pantang dapat peluang atau disuruh oleh bos untuk buat write up, tak payah cerita panjang, atas tisu pun kekadang sy boleh note down my points untuk dikembangkan kemudian nanti bila dah mengadap pc.

Nak melatih diri untuk menulis tak susah sebenarnya. Memula yes, kalau tak tau cara. Cara yang paling mudah sy baca ialah by becoming a serial writer. Maksudnya, tulis je tentang apa saja yang terlintas, tak kisah apa tajuk. Janji otak berjalan, pen menari, keyboard diketuk.

Sambil2 tu banyakkan membaca, berbincang dan tengok tv. Insya Allah, ubat yang mujarab untuk orang yang rasa kureng skit bila nak kena write paper, terutamanya research proposal cam sy ni, wakakaka….

Nampak gaya, boleh challenge Ayu Emelda buat novel cam gini.

Errrr oh ya Pn Novelis,  itu novel no 3 bila mau siap aaa? Peminat sudah cari ooo. Editor sudah bising. Itu sy punya boss kat opis pun ada tanya juga. Sy jawab ‘Biarlah Rahsia…’

Categories: Family

Tarikh tutup hujung minggu ni…

March 17, 2009 · Leave a Comment

Sy la ni tengah dok adjust my research proposal yang perlu disertakan untuk permohonan PhD HLP 2010. Tarikh tutupnya hujung minggu ni, 20 Mac. Sempat lagi, ada laie 3 hari :) .

Kali ni proses nak menyiap proposal tak seteruk macam masa nak prepare masa MS dulu. Alhamdullilah, pengajian sepanjang 4 semester di RPI banyak membantu sy memantapkan penulisan sy supaya menjadi lebih persuasif dan meyakinkan.

Kalau ikutkan masa di sana, ada satu kelas, namanya ‘Proposing and Persuading’.  Tp memikirkan my english yg begitu ‘power’, tak jadilah nak amik. Masuk bab2 retorik nanti, jenuhlah nak explain …

Jadi, buat sesiapa yang nak cadang2 nak buat MS/PhD tahun depan tu, jangan lupa isi borang kat www.jpa.gov.my. Kalau ada rezeki, Insya Allah.

Apa2 pun perjalanan menuju PhD ni masih lagi jauh. Sy masih lagi di peringkat yang paling awal. Baru nak memohon HLP.  Sambil2 tu, perlu perbanyakkan ilmu di dada dulu rasanya. Tak nak nanti terhenti di tengan jalan…

Categories: Family

PPSMI n Mind Your Language…

March 13, 2009 · Leave a Comment

Ingat lagi tak Mr Brown? Alaa, cikgu dalam cerita Mind Your Language tu. Masa kecik2 dulu (ada la dalam 20 tahun lepas), sy minat benar. Layan beb cite ni…

Nway, tetiba jer sy nak sentuh skit pasal PPSMI yang tengah hangat diperkatakan di pasaran.

Catatan berikut adalah pandangan peribadi sy saja. Semestinya berdasarkan pengalaman sy sendiri bilamana melihatkan Atiqah bersekolah di SR Bandar Anggerik selama hampir 2 bulan.

Nak diceritakan, 3 hari lepas, kakak amik exam untuk kali pertama dalam hidupnya. Dah nama pun first time, musti gubra ye tak?

Bila kami tanyakan kakak, mana paper yang okey dan mana yang tak okey, ni jawapannya…

Okey: English (suprise, suprise), Science & Math
So and so: Agama
Not so okey: Bahasa Melayu, Bahasa Arab

I guess Bahasa Melayu and Bahasa Arab memang sudah terang lagi nyata. Kena banyakkan latihan lagi. Sambil2 tu boleh suruh dia habiskan novel2 Ayu :) . Subjek Agama, memang tengah mencari tempat nak hantar kakak ngaji/belajar.

So okay. Kiranya pelan tindakan dah ada untuk 3 subjek di atas.

As for English pula, kami tak risau sangat, pasal kakak dah pernah experience setahun sekolah kat Troy sinun. Daripada tak tahu nak bercakap, sampai siap keluar slang American lagi bila dok main ngan adik dia, Ben 9 a.k.a Jambu a.k.a Bulat. Cuma nak kena improve lagi from time to time.

Yang sy nak sentuh, subjek Science and Math. Masa di School 14, memang tak ada belajar subjek2 ni. Al maklumlah, kintergarden. Tp kat sini, nampaknya walaupun baru 2 bulan lebih belajar dua2 subjek ni, dia nampak konfiden semacam jer. Padahal boleh sesak napas gak kalau tak kena gaya.

Rasa2nya kenapa ya? Mungkinkah kerna Atiqah sudah sedikit sebanyak menguasai English dahulu (selama setahun lebih) sebelum dia mula mengenali PPSMI? Lantas proses pembelajaran dan pemahaman menjadi lebih mudah…

Mungkin ya. Ataupun mungkin ianya sekadar satu kebetulan?

Oh ya, since this was her first time taking exam, she didn’t know one important thing? Salah kami juga tak maklumkan kepada dia.

“You are not supposed to refer to your book during examination.”

Bayangkan masa tengah exam Math tu, kakak dengan selamba jer, amik buku latihan Math dari bag Princess dia, buka dan copy balik answer. Kebetulan soklan yang sama.

Common sense kan, huhu? Buat apa nak penat2 otak, kalau dah tahu soalan tu dia pernah jawab dan ada pula dalam buku latihan dia.

Kesian Atiqah lepas tu, kena so called caught red handed by her teacher. Kena lecture la plak.

Nasib baik lepas dapat tahu, Ayu terus explain kat teacher, ni kali pertama kakak amik exam. Mana la dia tau exam tak leh copy from books :-D .

Abah dia ni pun satu, wakakaka. Dah tau anak nak pi exam, pesan ler apa yang patut…

Categories: Family

Damailahmu di sana…

March 9, 2009 · Leave a Comment

Al Fatihah buat Amir Yusoff.

Sy mula mengenali ayahanda Amir Yusoff dan keluarganya melalui coretan laman maya sejak dari September ‘07. Kekadang kami pernah bertukar pendapat. Tak pernah bersua namun.

Di dalam kesibukan tugas sejak kembali dari Troy, sy masih setia mengikuti perkembangan mereka di bumi Glasgow. Terutamanya selepas Amir Yusoff dilahirkan ke muka bumi ini pada Jun ‘08.

Dan sesungguhnya bila sy terbaca coretan mengenai  pemergian Amir Yusoff, membuatkan hati saya begitu tersentuh.  Terasa sayu dan sebak yang teramat sangat…

Categories: Family

Cerita pasal orang teknikal…

March 7, 2009 · Leave a Comment

Dalam kekalutan sy nak menulis research proposal untuk KM ni, makin banyak benda yang tersurat di dalam yang tersirat.Banyak bendanya yang boleh diceritakan pasal pengurusan ilmu ni…

Sepanjang hampir 10 tahun lamanya berkhidmat, dah macam2 kerja yang saya pernah buat dan disuruh buat ;) . Dan berkebetulan, di dalam tempoh ni juga, rezeki sy di bahagian yang sama. Balik dari studi pun, masih ditempatkan di tingkat yang sama (cuma lokasi je yang udah bertukar – corner lot lagi, jangan marah aaa) .

Sebagaimana yang kita ketahui di dalam sesebuat organisasi, turn over ada yang cepat dan ada yang lambat, ikut pada keadaan. Orang datang dan pergi. Daripada memula masuk bertugas, tak pasti kena buat apa dan bila tiba saat dan ketika ditukarkan 4/5 tahun selepasnya, dah tentu menjadi pakar di dalam bidang masing.

Berbalik kepada cerita tentang orang teknikal yg sorang ni. Sibuk? Memang sibuk memanjang sekarang ni contohnya dengan meeting tak kira masa dan tempat (kekadang dalam seminggu dah boleh pusing satu semenanjung). Dan hasil daripada kesibukan ni juga, kekadang dapat belajar benda yang baru.

Informasi yang diterima/didapati dari masa ke semasa lama kelamaan akan menjadi knowledge. Knowledge yang semestinya berguna di dalam menjalankan tugas dengan lebih effektif dan effisien.

Tapi knowledge ni selalunya resides in the individual’s head. Selagi ianya tidak diperjelaskan sama ada melalui penulisan ataupun perbincangan, only a handful of person will benefit from this. Thus,  pada saya it clearly presents a strong case for a unified distributed KM system to ensure that information will be disseminated to the whole organisation…

See where I am going with this? I think I do, huhu…

Categories: Family

Meeting ajer…

March 6, 2009 · Leave a Comment

Hari ini rutin yang sama macam hari2 yg lepas dalam sebulan dua ni terutamanya. Meeting tak kira masa. Kekadang tiba2 je dapat call dipanggil masuk meeting.

Kalau nak diikutkan, macam2 jenis topi yang sy pakai bila masuk meeting kat jabatan. Kalau tak sebagai urusetia, selalunya jadi penasihat ataupun ahli jawatankuasa. Memula dulu penat gak weh, tp lama2 dah boleh biasakan diri. Alah bisa tegal biasa kata orang.

Dulu dok komplen gak kat Ayu, bila masa nak buat kerja cam gini kalau dah asyik meeting 24 jam. Rupanya diri sendiri yg tak pandai nak uruskan masa dan tenaga, huhu. Kalau semuanya nak buat sendiri memanglah tak cukup masa.

Time ni la kena pandai delegate kerja sambil set deadline untuk setiap tugasan. Lagipun rasanya kerja2 operasi ni dah kena mula let go skit demi skit…

Apa2 pun, sy suka masuk meeting. Boleh pekena teh n kuih dua jenis. Dan kalau sy yang chair meeting tu, agenda pertama, kita minum dulu… :)

Categories: Family