Al Fatihah buat Amir Yusoff.
Sy mula mengenali ayahanda Amir Yusoff dan keluarganya melalui coretan laman maya sejak dari September ‘07. Kekadang kami pernah bertukar pendapat. Tak pernah bersua namun.
Di dalam kesibukan tugas sejak kembali dari Troy, sy masih setia mengikuti perkembangan mereka di bumi Glasgow. Terutamanya selepas Amir Yusoff dilahirkan ke muka bumi ini pada Jun ‘08.
Dan sesungguhnya bila sy terbaca coretan mengenai pemergian Amir Yusoff, membuatkan hati saya begitu tersentuh. Terasa sayu dan sebak yang teramat sangat…

0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.