Troy, Shah Alam and …

Pitching n Buy-in

April 21, 2009 · Leave a Comment

Lanjutan dari kisah interbiew sy semalam, teringat pula time buat presentation kat RPI dulu. Masuk bab pitching untuk mendapatkan buy-in from the audience ni, memang selalu kami kena buat. Setiap kelas bagi setiap semester. Tak pernah miss…

Memandangkan sy sorang jer Malaysian, biasalah English tu jadi Manglish. Pronounciation sah2 tak sama macam American. Itu baru sebutan, tak masuk teknik untuk pitching lagi. Asyik kena kritik dan hentam jer.

Tapi mengenangkan kebaikan untuk masa depan, sy tempuh jer. Malu salah pronounce tu belakang kira. Yang penting kena berani buat public presentation.

Alkisahnya, sebelum sy masuk belajar, kat opis ni dah biasa bagi lecture. Tp setakat tu jelah. Satunya dalam bahasa ibunda, satu lagi sekadar nak menyampaikan maklumat. Tak ada la nak masukkan sekali teknik2 camna nak bagi presentation jadi lebih persuasif dan meyakinkan…

Sampai di RPI, sy terperasan something. Americans ni (tak kira, undergrads or post-grads), kalau buat presentation, mesti macam style start-up company yang tengah cuba nak dapatkan keyakinan venture capital untuk invest dalam projek juta2 diaorang. Penuh bersemangat. Padahal, cuma nak present assignment jer pun.

For them, it’s important to get buy-in from the audience. Ye lah, dah penat2 siapkan assignment n presentation tu, alang2 baik buat yang terbaik…

Jadinya sy pun amik iktibar dari situasi tu. Bukan senang mulanya. Maklumlah, orang Asia. Susah skit nak jual diri sendiri – cerita semua yang bagus jer, kalau ada problem/hurdles mana, akan diafsirkan sebagai challenges dan bukannya problem.

Apa2 pun sy banyak berterima kasih kepada rakan2 dan profesor kat sana yang tak pernah jemu memberi kritikan berguna kepada sy. Memang berguna betul pengalaman tu. Dapat sy terjemahkan semalam @ Tingkat 5, Alhamdulillah…

Categories: Family

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment