You Are Your Own Worst Enemy. C’mon! Rise Up!

Sikap B-23 pandang rendah keupayaan lawan bawa padah
Hamdan Saaid, Berita Harian

TERLALU mengambil mudah serta memandang rendah terhadap keupayaan lawan mungkin faktor paling tepat kegagalan mengaibkan pasukan Bawah 23 Tahun (B-23) negara yang dimalukan Maldives 1-0 pada perlawanan persahabatan di Petaling Jaya, kelmarin.

Ia kali kedua Malaysia, sekalipun diwakili skuad B-23 tetapi hakikatnya skuad utama kebangsaan, kalah kepada pasukan Kepulauan Hindi itu sekali gus meneruskan rentetan kekalahan memalukan kepada pasukan kerdil sejak 1991.

Mungkin faktor sama turut diambil abang-abang mereka yang tumpas secara aib kepada pasukan yang dianggap kerdil sebelum ini.

Pada temasya Sukan Sea 1991 di Manila, Malaysia tumpas 1-0 kepada tuan rumah Filipina, diikuti pada temasya sama di Jakarta 1997 apabila pasukan negara, yang ketika itu diwakili skuad utama kebangsaan, kecundang 1-0 di tangan Laos.

Ketika kelayakan Piala Asia 2000 di Bangkok, Malaysia kalah 3-2 kepada Taiwan, setahun selepas itu tewas 1-0 kepada Palestine pada kelayakan Piala Dunia di Hong Kong dan awal tahun ini dikalahkan 2-1 oleh Sri Lanka dalam satu perlawanan persahabatan di Colombo.

Melihat kepada persembahan kurang bermaya anak buah B Sathianathan bermain dalam cuaca panas ketika sepak mula di sebelah petang, sukar untuk membayangkan skuad yang sama mampu membawa pulang pingat emas daripada temasya Sukan Sea XXIV Korat nanti.

Bagaikan serba tidak kena, semuanya tidak menjadi, terutamanya jentera serangan yang sebelum ini kelihatan berbisa dengan penampilan hebat hingga membolehkan mereka menjuarai Pestabola Merdeka Ogos lalu.

Malah Pestabola menampilkan pasukan yang lebih bagus seperti Myanmar, Singapura, Zimbabwe, Lesotho dan Indonesia yang pastinya lebih baik berbanding Maldives, pasukan yang menduduki tangga ke-174 dunia.

Tidak hairan selepas perlawanan kelmarin, Maldives, yang dibimbing bekas jurulatih Kuala Lumpur, Jozef Jankech, berteriak gembira meraikan kemenangan seolah-olah mereka sudah memenangi satu kejohanan bertaraf antarabangsa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s