Sihat sebelum sakit…

Tengahari tadi saya ke The Armory, RPI untuk solah Jumaat. Boleh tahan juga sejuknya hari ini. Salji masih lagi turun, cuma tak selebat dua hari yang lepas. RPI nampak lengang sekali bila kebanyakan pelajar sudah pulang ke rumah masing2.

Minggu ini, khatib memperkatakan tentang perlunya kita muslimin dan muslimat sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi olehNya. Sy begitu tertarik sekali apabila beliau membicarakan tentang isu kesihatan tubuh badan: sihat sebelum sakit. Katanya orang yang sihat jarang menghargai nikmat sihat sehinggalah apabila mereka sendiri yg jatuh sakit, barulah timbul seribu rasa penyesalan dan keinsafan.

Dari Ibnu Abbas RA, katanya nabi SAW bersabda: “Ada dua nikmat yang sering kebanyakan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya) iaitu waktu sihat dan waktu lapang”. (Riwayat al-Bukhari)

Benar kata khatib. Saya mengangguk tanda bersetuju. Terkenang semasa sy sakit@demam selama seminggu pada awal Oktober lepas. Tak berdaya langsung untuk bangun. Apabila kita diuji dengan kesakitan walaupun sebentar cuma, memang terasa benar akan nikmatnya sihat itu…

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy.

Advertisements

3 responses to “Sihat sebelum sakit…

  1. Betul Khairil, kadang-kadang kita terlupa. Sebab itu perlu ada solat jumaat.

  2. Saya setuju. Manusia memang mudah lupa. Kita memang perlu sentiasa diingatkan agar jangan mudah alpa dan leka…

  3. me insaf dgn kelemahan dan kekurangan diri me yg ini..
    salam pagi senin bro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s