HLP: Tahniah! Permohonan anda berjaya

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

Selepas selesai menghadiri seisi temuduga di peringkat jabatan di dalam bulan Mei ’05, sy lupakan seketika kisah tentang HLP sambil meneruskan kerja di pejabat seperti biasa . Mengikut kebiasaannya pada tahun2 lepas, keputusan hanya akan diketahui di penghujung bulan Oktober.

Alkisahnya, Aidilfitri tahun itu jatuh pada 3 November. Jadinya minggu terakhir di bulan Oktober memang sibuk bebenar; kena hadiri mesyuarat, taklimat dan termasuk kerja2 lain yg perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang…

Kemudian, bila tiba 2 hari terakhir bekerja sebelum mula bercuti, sy terfikir sekejap. Kalau tak dapat result juga sebelum cuti, mesti tak terasa kemeriahan Aidilfitri kali ini. Mana taknya, orangnya di Alor Setaq tapi fikiran dok melayang di Putrajaya. Makan tak lena, tidur tak kenyang.

So, apa kata kalau talipon je? Where there’s a will, there’s a way – kata orang kampung abah saya di Baling, Kedah. Seperti dijangka, susah sikit nak dapat sambungan, semestinya calon2 yang lain pun nak tahu keputusan masing2. Akhirnya selepas 2/3 kali mencuba dapat juga bercakap dengan pegawai yang bertanggungjawab.

Selepas bercakap berapa minit, Alhamdullilah – beliau memaklumkan permohonan sy diluluskan. Gumbira tak terkata😀 . Bolehlah sy berhari raya dengan secukup rasa🙂 . Tapi tak lama gembiranya, cerita tentang HLP ni masih panjang kisahnya. Tambah2 lagi kalau nak ke negara Uncle Sam, United States of America…

Next: Loquacious, Nefarious, Pulchritudinous: Oh tidak! Apakah semua ini?!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s