HLP: Loquacious, Nefarious, Pulchritudinous: Oh tidak! Apakah semua ini?!!!

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

Sesudah puas beraya di kampung dan kembali ke Kuala Lumpur pada minggu kedua November ’05, perkara pertama yang sy lakukan ialah mendaftarkan nama untuk mengambil ujian GRE dan TOEFL.

GRE ialah Graduate Record Examination. Ianya diperlukan khusus untuk kemasukan ke peringkat post-graduate bagi universiti2 di US. Ujian berkomputer selama 4 jam ini lebih kepada untuk menilai kemampuan quantitative, verbal dan analytical writing skills.

Di antara 3 bahagian ini, verbal paling banyak mendatangkan masalah bagi sy. Mana taknya, macam kena menghafal kamus kisahnya -Loquacious, Nefarious, Pulchritudinous. Bukan jarang guna, memang tak pernah guna langsung ๐Ÿ˜‰ . Pening, pening…

Bagi memudahkan sy menghafal maksud perkataan2 ni, sy gunakan flash card. Ke mana saja sy pergi, sy bawa flash card ni. Portable, reliable and effective.

TOEFL pula ialah Test of English as a Foreign Language. Kalau sesiapa yang pernah mengambil IELTS untuk kemasukan universiti di UK, ianya lebih kurang saja. TOEFL digunakan untuk menilai kemampuan kita memahami dan menulis di dalam standard American English.

Memandangkan sy pernah mengambil IELTS sebelum ni (1995), tidaklah terasa gubra sangat. Lagipun jika dibandingkan, TOEFL tidaklah terlalu mencabar berbanding GRE. Jadinya fokus sy lebih kepada GRE.

Yuran untuk mengambil GRE dan TOEFL pada November ’05 ialah $140 (RM490) untuk setiap ujian. Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat melalui laman web Educational Testing Service. Lokasi mengambil ujian di Kuala Lumpur pula ialah di Prometric Testing Center (di belakang Hotel Sheratol Imperial, Jalan Sultan Ismail).

Dipendekkan cerita, selepas puas berhempas pulas menghafal Oxford English Dictionary, sy berjaya mendapat keputusan yang diperlukan untuk memohon universiti di US. Kebiasaannya untuk GRE, markah yg diperlukan ialah 1200 (Verbal 600/800 dan Quantitative 600/800). TOEFL pula ialah 250/300.

Ingatkan boleh berehat sekejap, rupanya ada lagi yang menanti. Next: Antara fantasi dan realiti: Universiti idamanku…

Advertisements

3 responses to “HLP: Loquacious, Nefarious, Pulchritudinous: Oh tidak! Apakah semua ini?!!!

  1. Pingback: Hadiah Latihan Persekutuan « Troy, albaN.Y.

  2. Assalammualaikum !
    Sungguh informative. Nak tanya kalau telah berumahtangga. Setakat mana suami atau pasangan ditanggung oleh JPA kalau saya telah mendapat tempat untuk ke UK?

  3. Salam,

    Elaun yang diterima oleh pelajar/pegawai sekiranya membawa pasangan/keluarga ke luar negara adalah Elaun bantuan keluarga dan Elaun sewa rumah (monthly basis). Untuk permulaan, your spouse + kids akan terima elaun baju panas + elaun penempatan as well.

    I’ve emailed the latest list to you ๐Ÿ™‚

    K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s