Kitakan orang Malaysia!

Sebentar tadi semasa sy sedang melayari laman forum yang popular di Malaysia, saya tertarik sekali dengan salah satu topik yang diperbincangkan. Isunya, mengapa apabila Malaysians bersua dengan Malaysians di perantauan, ada yang sukar untuk bertegur sapa.

Dulu sebelum sy melanjutkan pelajaran pada tahun ’96, ada teman yang berpesan supaya jangan ambil kisah sangat kalau ada yang buat dek je bila berjumpa di tengah jalan terutama di kota2 metropolitan.

Betul ke? Sy rasa was2 je. Betul telahan sy, selepas hampir 2 tahun di sana, okey je sy rasa setiap kali bertemu dengan Malaysians, tak kisah di mana saja. Happy je bila bertemu sesama Malaysians. Sekarang di negara Uncle Sam pun begitu. Tak ada masalah…

Kisah 1
Semasa sy dan kawan2 singgah di kota Edinburgh (Winter ’97 – dalam perjalanan ke Aviemore), kami terperasan 3 orang hamba Allah yang sedang berehat2 di taman. Memang boleh agak ini mesti orang Malaysia (senang je nak cam – melihat dari gaya tudung yang dipakai). Dari jauh lagi kami dah siap angkat tangan.

Kebetulan masa tu kami tengah lapar betul, tercari2 tempat makan yang sesuai di kota yang asing buat kami. Nasib baik bertemu dengan mereka. Kami sempat berborak sekejap sebelum bergerak menuju ke arah kedai yang dicadangkan…

Kisah 2
Cuti musim panas ’07, sy selalu ke Boston. Kalau nak bandingkan Boston dan New York City, jaraknya hampir sama jauh dari Troy (3 jam). Tapi sy lebih suka ke Boston kerana tak perlu risau dengan teksi kuning NYC yang tak makan saman. Tambah pula, permandangan di Boston sama cantik dengan NYC.

Semasa sy di Harvard Square, sy ternampak satu famili ni sedang menunggu sesuatu. Menunggu bas atau teksi mungkin. Dari raut wajah, rasanya macam Malaysians. Memandangkan tak selalu bertemu Malaysians di Boston, apatah lagi di Harvard, terus sy ke sana untuk bertegur sapa.

Oh! Rupanya mereka baru seminggu sampai di sini untuk melanjutkan pelajaran di Harvard (orang bijak pandai ni). Mereka menjemput sy ke rumah, tapi memandangkan masa yang suntuk, terpaksa ditolak dengan baik…

Bahasa Jiwa Bangsa. Kitakan orang Malaysia!

2 responses to “Kitakan orang Malaysia!

  1. Cerita ko sama lah! Sabtu lepas kami ke Cambridge & terjumpa melayu yg baru sampai seminggu untuk sambung study. Kelakarnya hari Ahad tu kami jumpa pula org Cambridge di London. Mesra je tegur menegur. Takde masalah. Kita ni kadang2 cepat prasangka… tak salah kalau kita yg mulakan dulu…

  2. Yes, be proactive. Macam prof aku kat sini, dari jauh lagi kalau terjumpa di kampus, dia dulu yg angkat tangan.

    Bahasa Jiwa Bangsa. Kitakan orang Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s