Antara fantasi dan realiti: Universiti idamanku…

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

Harvard, Cornell, Yale, Princeton… Semuanya ialah sebahagian daripada Ivy League Schools di Amerika Syarikat. Mulanya, niat di hati nak juga belajar di salah satu daripada universiti2 ni. Bunyinya macam gah, tapi belum cuba belum tahu, ye tak? Malangnya, tak ada satu universiti pun yang menawarkan MS in Technical Communication.

Selepas puas mencari, senarai pendek universiti yang sy rasa bersesuaian ialah RPI, IIT di Illinois dan Miami University di Ohio. Proses permohonan kemasukan agak mudah sebenarnya. Semuanya dijalankan secara online. Walaubagaimanapun, sijil2 transkrip seperti GRE, TOEFL dan ijazah pertama masih perlu dihantar melalui pos.

Selepas hampir sebulan menunggu (April 2006), keputusan permohonan diterima satu persatu. Mulanya, Miami University. Yes! Alhamdullilah. Diterima masuk. Yang menariknya, Department Head TC sendiri yang call sy di Malaysia. Terkezut sebentar.

Dah la lama tak speaking, for sure berkarat habis. Nasib baik cakap tak lama🙂 . Rupanya sy ditawarkan sekali dengan position TA untuk menguruskan laman web fakulti Tech Comm. Ini sudah menarik, stipend pun boleh tahan. Dekat $12k setahun.

Kemudian selang beberapa hari, sy terima satu sampul surat besar dari RPI. Berdebar2 rasanya. Di antara ketiga2 universiti ini, RPI ialah universiti pilihan pertama sy. Yes! I got it! Gumbira tak terkata😀 . Sebelum ni risau juga, takut2 tak diterima masuk.

Selepas dah dapat keputusan dari RPI tu, I’ve made up my mind. RPI di hatiku🙂 . Walaupun sy tidak ditawarkan menjadi TA (therefore no stipend), namun berdasarkan kepada silibus yg ditawarkan dan fakulti yang dah lama established di dalam bidang Tech Comm, tampak lebih menarik daripada Miami dan IIT.

Oh ya, sebelum terlupa, yuran permohonan ke universiti ini akan dibayar oleh JPA (limit sehingga 3 universiti). On average, each university charges around $80 per application. Jadi jangan lupa, cetak resit yang dipaparkan di skrin selepas selesai menghantar permohonan tu. Banyak tu, $240…

Akan datang: Lari2…kita lari… Biar kuat..urat kaki…

3 responses to “Antara fantasi dan realiti: Universiti idamanku…

  1. Anuar Muhaimin

    Salam,…
    u dapat HLP tahun bila ya…?

  2. Pingback: Lari2…kita lari… Biar kuat..urat kaki… « Troy, Shah Alam and …

  3. Pingback: Hadiah Latihan Persekutuan « Troy, Shah Alam and …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s