Monthly Archives: February 2008

The White House

Kebanyakan rumah2 di sekitar tempat kami tinggal kurang lebih cam gini rupanya, jenis yang sebuah2 gitu. Harga di pasaran sekarang kurang lebih dalam $200k – $300k. Dulu kalau rumah2 cam gini dijual, ramai yang berminat. Berderu orang datang. Tak menang tangan si agennya. Tapi semenjak dua menjak ekonomi US dah jatuh skit sekarang, dah kurang minat orang pasal hartanah ni…

Rensselaer…


Nun kat bawah ialah pekan Troy 🙂 . Kepada sesiapa yang pernah tengok pilem Time Machine, gambar US masa zaman dolu2 tu were filmed here in Troy (early part of the movie).


Architecture Building. Gambar raya pelajar Malaysia tahun lepas diambil di sini kisahnya.


Pittsburgh Building. Bekas hospital ni. Ramai yang tak berani stay back sampai lewat malam, katanya…


Quad. Bangun lewat pun, sempat lagi lari masuk kelas. Kalau tinggal kat sini, memang dekat sangat dengan kelas, tapi MAHALLLL…


Anak tangga menuju je kelas. Masa fall lepas, cantik view kat sini. Sekarang daun pun dah gugur semua…


Rensselaer…

This is funnnnnnnn….

Dah lama tak ajak Atiqah main slide kat belakang rumah. Selalunya kami berdua je, Ayu & Aqif memang tak minat langsung, takut SEJUK, hehehe. Kali ni, kami paksa gak Ayu join. Aqif macam biasa, katakan TAK NAK! untuk snow 🙂 . Baik main PS2 katanya 😀 .

Cantik, Menarik, Tertarik…


Crossgates Mall, Albany. Untuk gambar yang lebih besar, sila klik di sini….

Rasanya apa yang cantik, menarik, dan tertarik mengenai gambar di atas? Kepada 5 pembaca yang yang berjaya memberi jawapan dan ulasan yang terbaik mengenai mengapa anda merasakan gambar di atas mempunyai signifikan yang tersendiri (ada yang tersirat di sebalik yang tersurat), hadiah menarik bakal menjadi milik anda 😀 . Nak tau apa hadiahnya? Tu dia…


Disney Light-Up Pen

Setiap pemenang bertuah akan menerima SATU Disney Light-Up Pen yang sungguh menarik dan istimewa. Pen ini akan mengeluarkan cahaya apabila anda menggunakannya. Wow! Sungguhku terpesona 🙂 …

Syarat2 pertandingan:

  1. Jawapan dan ulasan mesti dihantar dengan menggunakan ruangan komen entri ini.
  2. Pembaca boleh menghantar seberapa banyak jawapan yang anda suka.
  3. Tarikh tutup ialah 29 Februari 2008.
  4. Keputusan pengadil (sy lah tu) adalah muktamad 8) .

Apa tunggu lagi, jom teka ramai2…

Washington Park, albaN.Y.

Semasa keluar pergi shopping barang2 rumah petang tadi, salji turun lagi di sekitar Albany, ibu negeri New York. Sempat singgah sekejap di Washington Park, Albany. Terpesona seketika dengan keindahan ciptaanNya…

Jome ke MAS Travel Fair, 22 – 24 Februari 2008


Source: Flickr.com

Buat sesiapa yang ingin terbang bersama MAS, jangan lupa kunjungi MAS Travel Fair bermula hari ini (22 Feb) hingga Ahad ini (24 Feb). Harga dijamin murah (siap promo lagi). Tiket boleh dibeli di kaunter, melalui laman web MAS dan juga dengan menggunakan talian 1-300-88-3000.

Pagi tadi, tepat pkl 12:01 pagi adik bongsu dah bersiap sedia di laman web MAS. Kataya bilangan pengunjung boleh tahan juga ramainya. Tepat jam 12:59 pagi, electronic ticket diterima melalui email. Insya Allah, jika tiada aral, kedua ibu bapa sy akan ke sini untuk hari graduasi sy 🙂 .

You’ll never walk alone…


Source: BBC Football

There’s this thing about Liverpool nowadays. I kinda noticed that whenever they’re playing against top teams especially against those Europeans’ big guns like Inter, AC Milan, Barca etc, their game play seems flawless, and even impeccable some times.

Take for instance tonight’s Champion League’s game: a 2 – 0 win against Serie A front runner, Inter Milan. The sending off of Materazzi looks a bit controversial to me, but still that’s the beauty of football. Nothing is certain and predictable. Well, not unless if they are death and taxes of course.

But wait, what about last week’s lost against Barnsley in the FA’s 5th round match? Come on Rafa, don’t play2 one. Why can’t you just forget the rotation system and let the best players roaming the field instead…