Cap & Gown…


2007 Commencement. Hujan renyai turun ketika majlis sedang berlangsung.
Kalau lebat, majlis akan diadakan di dalam dewan. Source: RPI

Petang semalam sy ke Student Union. Nak cari gown🙂 . Bila sy kata sy nak pi beli gown, Atiqah dok bayangkan sy nak beli gown yang macam Cinderella tu. Gelak sakan dia, “That’s for girls, Abah. Not for boys. Boys don’t wear gown” 😀 .

Sampai di bookstore, nampak meriah lak. Management dah siap pasang deco untuk sambut ’08 Commencement. Ni yang tambah semangat nak habiskan assignments/projects, hehe…

Hmmm, banyak lagi rupanya cap & gown dalam kotak. Bagus2, boleh pilih mana yang berkenan. Untuk gown, bagi semua school sama jer. Just pilih ikut ketinggian individu (mine is 5.6′ – 5.8′). Okay, gown: clear!

Selesai bab gown (cap dapat sekali), kena pilih hood lak. Yang ni, kena usha betul2. Silap pilih color, memang haru. Oh, dah siap ada list rupanya. Untuk School of Humanities, hood color kuning. For the other schools, ada yang color brown and orange. Aight, hood: check!

Next, comes the tassle. Ala, tali yang orang letak kat cap tu. Ish, tak jumpa lak kat mana diaorang letak ni. Tanya je lah kat kaunter. Oh, kat sinun rupanya. Awat la jauh sangat letaknya. Tassle: settle!

Selesai sudah bab memilih cap & gown. Pi kaunter, kena $59.99. Beli, bukan sewa tau. Masa di Salford, seingat sy gown disewa jer. Kenapa kena beli ye? Kenapa tak disewakan je? Ni boleh dikira sebagai salah satu misteri alam rasanya…

Aduh! Ingatkan dah selesai semuanya. Lupa pulak kena cari suit, kemeja dan kasut hitam. Tu la pasal, dekat 2 tahun kat sini, tak pernah sehari pun sy pakai kemeja atau kasut hitam. Ke Wal*Mart la jawabnya kami hujung minggu nie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s