Monthly Archives: January 2009

Pink form?

SYMP. Sounds familiar? It stands for ‘Saya yang menurut perintah’. Rasa-rasanya pink form akan keluar minggu ni. Dan dah hampir seminggu tak senang duduk terkena penangan surat keramat ni. Nway, kita tunggu. Will update later 🙂 …

WP2…

Apa yang WP2 ni? Sesapa yang kerja gomen, terutama di kawasan Lembah Kelang dan yg sewaktu dengannya dah memang terbiasa dengan term ni. Waktu masuk anjal. Ada WP1, WP2 & WP3.

Seingat sy semenjak join service dulu2 sampai sekarang, cuma sebulan pertama lapor diri sy ambil WP3 (masuk pukul 8:30pg, balik 5:30ptg). Lepas tu, terus menerus WP1 (7:30pg – 4:30ptg).

Bulan ni sy cuba mencuba WP2 setelah sekian lama WP1. Saja nak cuba try test tengok. Pasalnya, kekadang rush gak nak kejar 7:30 punch-in, pas tu nak  kena keluar cari breakfast lak.

Jadi, cadangnya amik WP2 ni, boleh ler layan skit bawak kereta ke opis sambil2 berenti kat Petronas/Esso tapau breakfast. Atas kertas nampak cantik. Tapinya…

Dah sekian lama keluar rumah jam 6:30 pg, tup2 bila keluar 7:00 pg, rupanya ramai ya Allah umat manusia yang nak ke ofis time ni, hehehe. Terlupa nak ambil kira pembolehubah yang satu ni.

Bayangkan, nak masuk lorong Smart Tag kat Batu 3 tu pun dah jam, sementara nak lepas jejambat Pulau Pinang tu mau dah dekat 1 jam. Tak leh bayangkan macam mana orang boleh tempuh jam macam tu tiap2 hari. Nak pi ofis dah tensen, macam mana nak start kerja lepas tu?

Bulan depan? For sure, balik ke WP1…

Ingat lak masa time sekolah kat Alor Star Setar dulu, abah + mak keluar rumah pi opis pukul 7:50 pg. Punch in pkl 8:00. Maintain beb.

Dulu sy pernah minta balik kampung 2/3 kali. x-director kata, “Tak payah susah2 apply Khairil, you memang kena stay kat sini(HQ)”. Pasrah jelah…

Ice Coffee Caramel…

Sesapa pernah try ice coffee kat DD? Pernah lak cuba minum ice coffee caramel? Memang DD tak include dalam menu diaorang. Tp next time ke sana, minta diaorang letak caramel dalam tu. Sedap tak terkata, weh…

Dua tahun kami kat Troy dulu, dah kira jadi minuman wajib setiap kali keluar rumah. Dalam $2.50 gitu2 satu cup. Sedapnya sampai siap minum skit2, tak nak bagi habis cepat. Yang misterinya time winter pun kami bantai order gak. Pening makcik yang jaga kaunter tu.

Cerita pasal kopi ni, perasan tak dalam movie Hollywood mesti diaorang selalu minum kopi panas pagi2? Memang bukan dalam pilem je, kat luar pun, dah jadi macam satu kemestian buat Americans pekena kopi tiap2 hari. Hatta bila kelas break for 15 minutes pun, semua pakat cari kopi.

Tambah kalau time winter, setakat 2 cup kopi tu pepagi sebelum masuk kelas/kerja dah kira biasa. Ala, macam kita dok pekena teh tarik kat sini. Cuma bezanya, Americans ni suka minum kopi on the go; sambil jejalan diaorang minum kopi tu…

Yes indeed, we are highly goal-driven creature…

Petang d’Putrajaya…

Salam Tahun Baru semua!

When I’m hungry, I can not think. Now that I am full, I am happy. See, see? Do I look happy?

Rambut panjang la adik, dah kena mata dah. Camna nak pi tadika nanti?

Boriiing niiii. Bila nak balik rumah?! Adik nak main PS2 la…

Adik ngantuk. Jom balik…