WP2…

Apa yang WP2 ni? Sesapa yang kerja gomen, terutama di kawasan Lembah Kelang dan yg sewaktu dengannya dah memang terbiasa dengan term ni. Waktu masuk anjal. Ada WP1, WP2 & WP3.

Seingat sy semenjak join service dulu2 sampai sekarang, cuma sebulan pertama lapor diri sy ambil WP3 (masuk pukul 8:30pg, balik 5:30ptg). Lepas tu, terus menerus WP1 (7:30pg – 4:30ptg).

Bulan ni sy cuba mencuba WP2 setelah sekian lama WP1. Saja nak cuba try test tengok. Pasalnya, kekadang rush gak nak kejar 7:30 punch-in, pas tu nak  kena keluar cari breakfast lak.

Jadi, cadangnya amik WP2 ni, boleh ler layan skit bawak kereta ke opis sambil2 berenti kat Petronas/Esso tapau breakfast. Atas kertas nampak cantik. Tapinya…

Dah sekian lama keluar rumah jam 6:30 pg, tup2 bila keluar 7:00 pg, rupanya ramai ya Allah umat manusia yang nak ke ofis time ni, hehehe. Terlupa nak ambil kira pembolehubah yang satu ni.

Bayangkan, nak masuk lorong Smart Tag kat Batu 3 tu pun dah jam, sementara nak lepas jejambat Pulau Pinang tu mau dah dekat 1 jam. Tak leh bayangkan macam mana orang boleh tempuh jam macam tu tiap2 hari. Nak pi ofis dah tensen, macam mana nak start kerja lepas tu?

Bulan depan? For sure, balik ke WP1…

Ingat lak masa time sekolah kat Alor Star Setar dulu, abah + mak keluar rumah pi opis pukul 7:50 pg. Punch in pkl 8:00. Maintain beb.

Dulu sy pernah minta balik kampung 2/3 kali. x-director kata, “Tak payah susah2 apply Khairil, you memang kena stay kat sini(HQ)”. Pasrah jelah…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s