Monthly Archives: June 2009

Nun @ Utara…

* gambar diamik menggunakan N73 😉

Seminggu ni sy @ ILP, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lari sekejap dari kesibukan kota metropolitan, huhu…

Kebetulan dah dekat ngan Alor Staq, sy ulang alik jer dari rumah parents ke sana (dlm 45 minit gitu2). Kereta pun tak banyak kat highway. Jalan clear jer…

But seriously, kalau drive kat highway menuju ke utara time petang2, memang tangkap syahdu bro. Hijau jer kiri kanan, sawah padi terbentang. Terapi minda seketika…

Advertisements

Eh, macam kenal lak…

Bila TPM umumkan calon BN untuk pilihanraya kecil Manek Urai, eh2, macam kenal laa. Ler, Tuan Aziz rupanya. Satu geng masa sama2 pusing Tokyo ngan Osaka dulu (bawah program JICA) …

Bila teringat balik time nak kena ikut balik 2 hari tinggal dengan parents angkat Jepun, mau gelak sakan sekarang bila terbayang muka sorang2 preassure cooker abis (cuak pasal tak reti nak cakap Nihonggo)

English in Science & Maths: My two cents…

Based on Khairina’s report card we received last week, she did quite well in subjects which use English as the medium, like English, Science and Math. As for the rest of the subjects, well, she need to polish up her Bahasa Malaysia before she can aim for better marks.

Umm, this leads me to something that’s seems a bit obvious…

Ok, say if you were to answer a question in Science. First you have to read the question (of course), understand it and then try to figure out the answer. But, what if you’re having slight difficulty in understanding the question? Not the technicality part of it, but literally? Susah gak cam gitu…

During the first two months Kakak in 2 Intan, she was having some problems with Science and Math, especially the latter. Mana taknya, darjah 1 tak masuk, terus masuk darjah 2.

But somehow she’s lucky in a way. The English lesson which she learned back in Mrs. Dorran’s class @ Troy for almost 9 months helps her a lot.

At least, she understands (literally) what her teacher is talking about in front of the class. Masuk bab campur, tolak, bahagi and darab, these require practice. Lots of them…

Pertandingan Kemahiran Malaysia…

It’s back…

Tahun ini merupakan tahun ke 4 sy terlibat dengan Pertandingan Kemahiran Malaysia. Sama seperti tahun2 sebelum ini, sy dipertanggungjawabkan untuk menjadi panel hakim bagi menilai hasil kerja peserta (students from poly, pusat giat mara and univeristy) di dalam bidang Web Design.

Kalau sebelum ini selalunya kami akan berkampung di MMU, Cyberjaya, kali ini kami akan ke Penang selama 5 hari untuk peringkat pra-kelayakan. Lepas tu bersambung pula di KL.

Harus dibawa dSLR tu. Dah lama tak beraksi ni…

Travelogue USA?


Of all the seasons, fall is definitely my fav…

Agak2 kalau sy sambung kisah ‘HLP’ dengan sequel ‘Travelogue USA’, okay tak?

Kalau nak ikutkan, cerita suka duka pengalaman berada di US selama kurang lebih 21 bulan mengikut kaca mata dan persepsi sy sekeluarga ni, memang tujuh hari tujuh malam tak akan habis.

Tapinya kalau tak dicoretkankan pengalaman berharga tu, terasa sayang pulak. Takut nanti hilang ditelan masa, tinggal dalam lipatan sejarah je …

Rensselaer, a dream come true

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

Finally, we have come to the end of the so-called mini series ‘Hadiah Latihan Persekutuan’. For this last entry, I’ll let the pics I’ve captured over the 21 months we were there to do the talking …

All the images were taken using Ayu’s Oly E-500. Money well spent…


City of Troy from RPI. Nun kat bawah tu is the Hudson River…


Spring of ’08…

Area belakang rumah masa nak masuk summer ’08


Building sebelah kiri ialah dewan serbaguna. Winter of  ’07


Winter di RPI. Sejuk bang, kekadang boleh cecah -10C


Lokasi wajib amik gambar kat RPI…


Washington Park, Albany. Kalau time summer ada Tulip Festival…


Central Park, New York City


Central Park, New York City


Somewhere in Harvard, Boston


Lake George, New York


Grafton Lake, New York. 1-hour drives from RPI.


Grafton Lake, sehari sebelum balik ke Malaysia


Kalau jalan2 di Vermont, jangan lupa singgah kat Bennington.


Our own princess and prince…


Niagara Falls, lagi cantik kalau dapat tengok from Canada


Statue of Liberty. We went here masa my parents came for my commencement


Needless to say, Disneyworld was an awesome’s vacation destination…

Welcome to the US of America

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

We’re nearly there…

Alhamdulillah, hari yang ditunggu sampai juga akhinya. Dulu dekat setahun dok berangan sampai termimpi2, pagi Khamis, 17/8/2006 kami semua dah ada di KLIA.

Benarnya sy memang looking forward to continue my studies in MSc in Technical Communication. And since RPI is among the top 5 in this area, lagi la sy bersemangat nak mengaji balik…

Flight ke Newark tu pagi beb, dlm pukul 8:50 am. Maknanya pukul 7 dah kena check in. Sudahnya sebelum subuh kami dah ke KLIA from Putrajaya…

Err, sy skip part check in, salam perpisahan etc and terus masuk ke part kami dah di dalam flight boleh? Sy kalau cerita bab2 nak berpisah dengan famili ni tangkap syahdu skit, huhu…

Kisahnya masa kami nak masuk ke dalam 777 tu, kakak dah mula menangis. Mana taknya dengan bunyi enjin yang bising tu, tambah lak dia tak pernah fly sebelum ni. Lama betul kami pujuk. Itu masih lg kat luar kapal terbang. Dah lama skit, baru teringat nanti kat dalam musti diaorang bg toy kat bebudak. Slow talk dengan dia, baru la kakak nak masuk.

Lama flight ke Newark ni – 22 jam. Memula 8 jam di udara. Pastu berenti kat Stockholm. Orang sana nak join flight kami ;). Tak sempat nak berjalan kat mana2 pun. 2 jam jer transit. Sambil2 pusing2 dalam airport tu, ternampak satu newstand. Kakak nak beli magazine. Jumpa yang berkenan, terus disambarnya satu. Dalam dok belek2 mags tu,

“Err kakak, dia tulis bahasa apa ni? ”

“It’s okay, Abah. Kakak nak tengok gambar jer.”

Belasah jelah…

Barang diingat kedai2 kat aiport tu accept US Dollar gak, tapinya balance dalam Krona k. Sayang lak time tu tak rembat fridge magnet satu.

Selepas sampai kat Troy je baru kami mula collect fridge magnet kat mana saja kami singgah. Sampai sekarang dah ada lebih 100 kat peti ais tu.

Selesai transit di Stockholm, flight kami bersambung ke Newark – ada lagi 12 jam. Kami sampai dalam pukul 7:00 pm (waktu US). Masing2 dah kepenatan. Tak daya nak berjalan. Masa nak tempuh imegresen tu, nasib baik tak lama pun. Dia cuma tanya basic question, pastu dilepaskan kami.

Kami dimaklumkan kekadang diaorang akan buat random checking. Selalunya sesapa yang bertuah tu, akan diminta tunggu di dalam satu bilik ni sementara menunggu semuanya selesai. On average dalam 2 jam gitu2 …

Huih, dah sampai Amarika rupanya kami ni. Langkah pertama dah diambil. Sekarang kena pandai2 menyusun langkah untuk 21 bulan seterusnya.

Masa nak amik beg2 tu, troli diaorang kena bayar (kami bawak dua beg je. Adalah dicadangkan for those who will be heading to US this year and years to come, sila bawa banyak2 perencah etc. Agak2 kalau ada ruang lagi, sila masukkan sekali Kicap Kipas Udang, huhu). $3 satu troli. Masuk duit and amik satu.

Malangnya masa tu sy cuma ada note $50. Memang tak diterimanya. Nasib baik terjumpa balik dengan 3 orang student undergrads yg sama flight dengan kami. Dipinjamkan kami $3. Makasih…

Sambil2 tunggu students yang akan amik kami tu, sempat sy pusing2 airport tu. Biasa2 jer, lagipun kedai banyak dah tutup. And yes, kedai mamak tak ada k. Kalau sapa2 yang memang pengunjung tetap Restoran Syed ka, Dawood ka, sekali lagi dicadangkan minum/makan puas2 teh tarik & roti canai sebelum ke US :D.

Masa tu, it was around 8:30 pm . Dalam hati dok kata, jumpa lagi kita masa flight balik nanti, May ’08. Little that I knew back then, selepas hampir 2 tahun di US nanti, ada la dekat 10 kali sy ke Newark.

Around 9:00 pm, kami dah berada di dalam minivan menuju ke Troy. Malam tu, kami akan menumpang di rumah Abg Azhari & Kak Izan dulu, orang Malaysia yg dah hampir 15 years menetap di sana.

Newark kat bawah tu, sebelah New York City. Troy letaknya kat Albany, nun kat atas. Kalau drive ada dalam 3 jam baru sampai…

Happy pun ada, risau lagi banyak. Happy pasal dah selamat sampai. Risau pasal nak sambung ngaji balik. Takpa, Malaysia Boleh. Tetapkan hati dan minda, Insya Allah semuanya akan A OK…

Last in the series, Rensselaer, a dream come true’