Lari2…kita lari… Biar kuat..urat kaki…

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

Aight, as promised, sy sambung kembali cerita mengenai HLP yang dah lama tersangkut tu. Harap2 hujung minggu ni boleh cover semua chapter yang tertinggal.

My last entri about HLP before I suddenly stopped writing about it was ‘Antara fantasi dan realiti: Universiti idaman‘. Memang sikit punya gubra sy time tu. Kekadang malam2 boleh siap mimpi lagi. Dapat surat admission la. Malam esoknya, mimpi kena reject lak. Adoi la. Penangan HLP punya pasal…

Pasal uni ni, memang sy dok nampak RPI je, yang lainnya jadi safety net. Ditakdirkan sy tak diterima masuk RPI masa tu, mau sedih seribu satu malam jadinya.

Nway, here goes…

Sambil2 sy menunggu keputusan dari ketiga2 uni tu (dalam bulan Februari hingga April ’06), ada dua tiga benda yang sy kena selesaikan terlebih dahulu sebelum boleh berangan nak terbang di langit biru. Salah satunya cam Kursus Statistik or better known as QA di INTAN.

Wajib lulus QA ni. Diulangi. WAJIB lulus. Kalau tak lepas, harus tak boleh fly. Menangis bang. Orang kampung semua dah tau. Anak Hj Md nak pi NY. Tup2 tak jadi lak pasal lepas pasal kantoi QA. Adus, mana mau letak muka, huhu😉 …

Dalam surat tawaran sementara JPA yang diterima sebelum ni dah jelas menyatakan pasal benda ni.  Tahun 2006 tu, sy kena QA yang ke-4. Mulanya tengah bulan Mac, habis dalam 7 minggu lepas tu, pertengahan bulan Mei.

Oh ya, kursus QA kebiasaanya diadakan di INTAN Bukit Kiara. Buat yang tinggal di luar Lembah Klang, Insya Allah tempat tinggal ada disediakan, on sharing basis. 2 orang sebilik.

Kebetulan masa tu, sy sefamili tinggal di kuarters gomen Jalan Duta. Alaaa, yang kat belakang MATRADE tu. Jadinya kalau kelas mula pukul 8:30 pagi, 8:15 sempat lagi kalau baru nak gerak dari rumah. Ikut jalan belakang. Lalu kawasan Hartamas…

Secara keseluruhannya, kursus QA was okay. Nak kata fun, memang tak lojik aaa, huhu. Memula struggle skit ler. Dah lama tak buat statistik. Sampai minta tolong my brother (masa tu dia di UTP) .

Btw, kalau sesapa ada pengalaman guna SPSS, masa QA ni memang berguna. Senang skit nak tangkap apa yang cikgu ajaq. Especially the basic of statistics and what not…

And, mana mau kalau pi kursus tak ada exam tak? Seingat saya ada tiga exam semuanya. Lupa pulak paper apa. Assignments pun kena buat on weekly basis. Tapi yang pasti semuanya tak sesusah mana. Yang paling penting, masa cikgu-cikgi tengah mengajar kat depan tu, jangan dok layan FB kat h/p aaa😉 …

Selepas sy habis QA di INTAN, dalam tengah bulan Mei gitu2, sy masuk opis macam biasa. Selesaikan kerja mana yang patut. Tapi itu la, kalau dah terjun bidang ICT ni, mana kerja mau siap. Mesti ada saja benda baru nak kena belajar.

So, sy slow talk dengan my colleague yang akan amik tempat sy. Dun worry too much, Insya Allah kalau sy berkesempatan sy akan bantu dari sana. Lagipun  emel, skpye & ym dah ada. Tak la risau sangat…

Opps, lupa lak, ingatkan cerita pasal kursus ni dah selesai, ye tak? Belum lagi. Tinggal satu je lagi, yang ni memang penting. Tp wajib hanya untuk students yang akan ke obersea. Local tak yah attend. BTN…

Dulu time A-Level, masa first time kena pi BTN, kecut perut gak. Senior dok cerita pasal kisah malam2 diaorang akan tinggalkan kita sorang2 dalam hutan. Serious beb, cuak gak time tu.

Nway, seingat sy sebelum sy attend BTN HLP ni, dah 3 BTN sy pi semenjak A-Level. Jadinya dah tau serba sedikit cam mana suasananya nanti. Lagipun, my colleagues kata, BTN HLP ni tak banyak aktiviti fizikal. Diaorang lebih menekankan aspek mental dan rohani etc…

So, penghujung Julai sy bertolak ke Sepang, Kem Tanjung Rhu untuk Kursus Kenegaraan selama 4 hari 5 malam. Macam biasa, tinggal dalam dorm yang muat 10 orang tu. Masing-masing nampak happy jer, pasal tinggal beberapa langkah je lagi sebelum menuju ke destinasi masing2. Ada yang cerita, habis BTN, lusanya terus dia fly😉 …

Tp apa2 pun, ada exam gak kursus ni. Macam selalu, kena lulus. Di samping tu, fasilitator akan memberi penilaian individu. Dua2 kena lepas. Tak lepas salah satu, kira fail bang. Tak fly. Kes naya ni …

Memang betul pun macam yang kawan sy kata. Tak banyak latihan fizikal. Ceramah tetap. Tiada kompromi. Itu wajib ada. Pastu setiap kali masuk waktu kena jemaah kat surau. Datang pula, kena awal dari waktu mula. Fly2 juga, displin mau jaga.

Akan datang: Adus! If I can just remember where my passport is?

One response to “Lari2…kita lari… Biar kuat..urat kaki…

  1. Pingback: Hadiah Latihan Persekutuan « Troy, Shah Alam and …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s