Alamak! Minggu depan dah nak fly…

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

And the journey continues…

Visa selesai, passport sudah clear dan surat admission from RPI pun dah dapat (masa tu, ada gak terasa sayang tak pilih Miami U, diaorang bagi stipend $12,000 setahun. Banyak tu, huhu).

Kerja2 kat opis pun more or less dah selesai. Lapang skit dada. Tp bila dok belek2 kalendar, baru terperasan. Alamak, lagi dua minggu dah nak fly ler. Banyak lagi benda nak kena settle ni. Antaranya…

Memandangkan sy tinggal di kuarters dan rumah yang kami beli di Shah Alam dua bulan sebelumnya baru je nak naik, barang2 semua camna ni? Dengan sofa la, peti ais, tv semua. Pikir2, kita jual borong jelah. Satu hari je kami iklan (calling2 member yg ada), esoknya semua dah clear ;). Sambil2 tu, barang2 lainnya kami tumpang letak di rumah my sis and my parents sementara menunggu kami balik nanti.

Oh yes, sebut pasal fly ni, tiket kena confirm awal k. Takut hari yg kita cadang nak fly tu dah fully booked nanti. So, dicadangkan dalam 2 minggu sebelum tarikh nak fly, better contact JPA cepat2. Nanti, diaorang tahu lak macam mana nak uruskan pasal tiket tu.

Pasal tarikh nak fly ni, sy cadangkan work backwards jer. Katakan tarikh kena register kat uni is on 15th. Better sampai sana on the 12th/13th. Boleh rehat2 sambil buat apa2 yang patut, cam cari barang rumah/settlekan rumah sewa etc.

And yes, students HLP are eligible for 7 hari cuti rehat sebelum tarikh register di uni. So, kena pandai2 calculate…

Since sy nak ke RPI yang letaknya di New York, kami sekeluarga ada dua options,

Pertamanya, amik flight to Newark (btw, Newark letaknya di New Jersey. Tp dekat jer ngan NYC), then continue dengan connecting flight ke Albany. From there, it’ll be around 30 minutes drive to RPI.

Second option, turun di Newark juga, then minta tolong students Malaysia di RPI datang pick us up and drive ke Troy. Yang ini 3 jam punya drive.

Lepas pikir punya pikir, better minta tolong students yang ada di RPI masa tu datang amik kitaorang (harus diingat masa ini tak ramai yang ada di kampus, pasal cuti summer. Ramai yang balik Malaysia atau gi jalan2. Sy contact En Presiden Persatuan Students Malaysia di RPI masa tu, En Arep untuk bantu kami). Lepas 22 jam dlm kapal terbang from KLIA to Newark, rasanya dah cukup kot layan tv kecik atas flight tu. Naik kereta lak pulak…

Masa dah singgah JPA nak confirmkan pasal tiket tu, alang2 boleh terus tanya pasal duit pendahuluan sekali tak? Sy dapat elaun tu dalam seminggu sebelum fly. Seingatnya sy dapat duit baju panas dan duit bantuan sewa rumah untuk 3 bulan. Semua dalam RM.

Yang lainnya akan dapat masa dah sampai sana, sy dimaklumkan. Meaning kalau dah sampai, jangan dok ingat nak pi jalan dulu contohnya macam ke Woodbury Premium Outlets ka, huhu.

First thing in the morning, terus gi bank, buka akaun. Macam dalam kes sy, di dalam kampus RPI ada HSBC. Memang memudahkan. Lepas tu, jangan lupa maklumkan the details to JPA. Wajib tu. Tindakan paling utama. Boleh hantar email jer…

Duit elaun yang sy dapat tu, ada setengah sy tukarkan ke US Dollars and the rest sy buat travellers cheque. Better to be safe right. Buatnya tercicir, nangis tak berlagu bang…

Yeay, dah hampir selesai semua. Sekarang cuma nak tunggu tarikh terbang jer, ‘Welcome to the US of America’

Advertisements

One response to “Alamak! Minggu depan dah nak fly…

  1. Pingback: Hadiah Latihan Persekutuan « Troy, Shah Alam and …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s