Welcome to the US of America

Sticky note: Hadiah Latihan Persekutuan

We’re nearly there…

Alhamdulillah, hari yang ditunggu sampai juga akhinya. Dulu dekat setahun dok berangan sampai termimpi2, pagi Khamis, 17/8/2006 kami semua dah ada di KLIA.

Benarnya sy memang looking forward to continue my studies in MSc in Technical Communication. And since RPI is among the top 5 in this area, lagi la sy bersemangat nak mengaji balik…

Flight ke Newark tu pagi beb, dlm pukul 8:50 am. Maknanya pukul 7 dah kena check in. Sudahnya sebelum subuh kami dah ke KLIA from Putrajaya…

Err, sy skip part check in, salam perpisahan etc and terus masuk ke part kami dah di dalam flight boleh? Sy kalau cerita bab2 nak berpisah dengan famili ni tangkap syahdu skit, huhu…

Kisahnya masa kami nak masuk ke dalam 777 tu, kakak dah mula menangis. Mana taknya dengan bunyi enjin yang bising tu, tambah lak dia tak pernah fly sebelum ni. Lama betul kami pujuk. Itu masih lg kat luar kapal terbang. Dah lama skit, baru teringat nanti kat dalam musti diaorang bg toy kat bebudak. Slow talk dengan dia, baru la kakak nak masuk.

Lama flight ke Newark ni – 22 jam. Memula 8 jam di udara. Pastu berenti kat Stockholm. Orang sana nak join flight kami😉. Tak sempat nak berjalan kat mana2 pun. 2 jam jer transit. Sambil2 pusing2 dalam airport tu, ternampak satu newstand. Kakak nak beli magazine. Jumpa yang berkenan, terus disambarnya satu. Dalam dok belek2 mags tu,

“Err kakak, dia tulis bahasa apa ni? ”

“It’s okay, Abah. Kakak nak tengok gambar jer.”

Belasah jelah…

Barang diingat kedai2 kat aiport tu accept US Dollar gak, tapinya balance dalam Krona k. Sayang lak time tu tak rembat fridge magnet satu.

Selepas sampai kat Troy je baru kami mula collect fridge magnet kat mana saja kami singgah. Sampai sekarang dah ada lebih 100 kat peti ais tu.

Selesai transit di Stockholm, flight kami bersambung ke Newark – ada lagi 12 jam. Kami sampai dalam pukul 7:00 pm (waktu US). Masing2 dah kepenatan. Tak daya nak berjalan. Masa nak tempuh imegresen tu, nasib baik tak lama pun. Dia cuma tanya basic question, pastu dilepaskan kami.

Kami dimaklumkan kekadang diaorang akan buat random checking. Selalunya sesapa yang bertuah tu, akan diminta tunggu di dalam satu bilik ni sementara menunggu semuanya selesai. On average dalam 2 jam gitu2 …

Huih, dah sampai Amarika rupanya kami ni. Langkah pertama dah diambil. Sekarang kena pandai2 menyusun langkah untuk 21 bulan seterusnya.

Masa nak amik beg2 tu, troli diaorang kena bayar (kami bawak dua beg je. Adalah dicadangkan for those who will be heading to US this year and years to come, sila bawa banyak2 perencah etc. Agak2 kalau ada ruang lagi, sila masukkan sekali Kicap Kipas Udang, huhu). $3 satu troli. Masuk duit and amik satu.

Malangnya masa tu sy cuma ada note $50. Memang tak diterimanya. Nasib baik terjumpa balik dengan 3 orang student undergrads yg sama flight dengan kami. Dipinjamkan kami $3. Makasih…

Sambil2 tunggu students yang akan amik kami tu, sempat sy pusing2 airport tu. Biasa2 jer, lagipun kedai banyak dah tutup. And yes, kedai mamak tak ada k. Kalau sapa2 yang memang pengunjung tetap Restoran Syed ka, Dawood ka, sekali lagi dicadangkan minum/makan puas2 teh tarik & roti canai sebelum ke US😀.

Masa tu, it was around 8:30 pm . Dalam hati dok kata, jumpa lagi kita masa flight balik nanti, May ’08. Little that I knew back then, selepas hampir 2 tahun di US nanti, ada la dekat 10 kali sy ke Newark.

Around 9:00 pm, kami dah berada di dalam minivan menuju ke Troy. Malam tu, kami akan menumpang di rumah Abg Azhari & Kak Izan dulu, orang Malaysia yg dah hampir 15 years menetap di sana.

Newark kat bawah tu, sebelah New York City. Troy letaknya kat Albany, nun kat atas. Kalau drive ada dalam 3 jam baru sampai…

Happy pun ada, risau lagi banyak. Happy pasal dah selamat sampai. Risau pasal nak sambung ngaji balik. Takpa, Malaysia Boleh. Tetapkan hati dan minda, Insya Allah semuanya akan A OK…

Last in the series, Rensselaer, a dream come true’

2 responses to “Welcome to the US of America

  1. Pingback: Hadiah Latihan Persekutuan « Troy, Shah Alam and …

  2. TQ so much for this hlp mini series ..and all the other extra infos that u gave.. very informative n helpful for us, “bebudak junior juice”🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s