Monthly Archives: July 2009

Bersusun…

Adus, semenjak balik dari Sabah ni, bersusun aaa jadual sy sampai 1 Ramadhan nanti…

28 – 30 Julai
Lecture pembangunan laman web menggunakan WordPress

3 – 5 Ogos
Lecture pembangunan laman web menggunakan CSS

2 – 5 Ogos
Anugerah ICT @ KK, Sabah
(kensel, kena give lecture di atas)

6 – 7 Ogos
Seminar on Professionalisation of Asset & Project Management, PWTC
(rasa2 macam tak leh join, nak kena melapor diri di opis #2. Dah 2 minggu tak jenguk muka)

10 – 12 Ogos
Bengel Aplikasi Web, Langkawi

(kensel, urusetia cadangkan selepas raya)

12 – 13 Ogos
International Conference on Information – Learning Inovations in Higher Education, Legend Hotel (baru apply semalam, harap diluluskan. Tentatif program macam best jer bunyinya)
(tak leh pi, unit latihan kata masa dah suntuk nak semak permohonan. paling kurang kena 2 minggu notis)

17 – 18 Ogos
PAQS, Crowne Plaza Mutiara

18 – 21 Ogos
Bengkel KM, Port Dickson Genting Highlands View Resort

Errr, bila nak masuk opisnya? Adus, dah jadi kes berkirim salam di angin lalu ni. Especially, yang awal Ogos tu…

Auto-pilot mode is now on, huhu…

Travelogue Mabul Island…

Phew, finally sempat juga nak mengupdate travelogue pulau mabul ni. Punya la sibuk lepas balik ni, nak mengadap pc pun tak menyempat…

Pagi2 Sabtu tu, lepas breakfast, kami bergerak menuju ke jeti (dengan penuh semangat sekali :D). Jalan kaki jer, tak jauh dari hotel. Ada la dalam 10 minit. Destinasi kali ini adalah Pulau Mabul – selepas 3 hari kami terperap di bilik perbincangan di Imperial Kota Kinabalu, berhempas pulas menyiapkan tugasan dari pagi sampai ke tengah malam.

Agenda utama di Mabul – melawat tapak sambil meninjau peralatan yang digunakan.

Permandangan depan Seafest Hotel…

Petang Jumaat sebelumnya, kami dah siap tempah boat yg nak bawa kami ke pulau tu, pakej Uncle Chang’s Jungle River Island Tour Sdn Bhd. Penting ni, pasalnya sekarang memang musim diving, ramai divers yang nak ke sana. Takut2 tak ada bot nanti. Nak kena berenang lak nanti, bila mau sampai baa?

Dragon Inn, dekat jeti …

All-in-one package; boat trip, snorkling & lunch. Kena sorang RM115, itu rate weekend.  Kalau hari biasa, RM70 cuma.

Trip ke Mabul ambil masa tak lama, dalam 45 minutes gitu2, guna speed bot bro. Sy ingatkan bot tu untuk kami jer. Rupanya ada penumpang lain, speaker boom box yang bagak tu. Ada la dalam 6 bijik. Err, nak buat party ke malam ni, bang?

Nway, trip ke pulau ni harus naik speed bot. Kalau sampan, sampai juga, tapi petang sikit2 la kalau cam tu ;). Err, btw boleh tahan gak pakcik driver tu merebot (as in merempit, cumanya merebot is untuk yang bawak bot, huhu – term baru kami create masa kat sana).

Boleh tahan laju gak diaorang merebot 🙂 …

Kebetulan pula saya duduk kat belakang sekali. Punya la laju, sampai mata pun tak leh nak buka. Mau rambut cucuk mata nanti. Dah la matahari tengah nak naik time tu. Abis la sunburn nanti…

Permandangan dari jeti Pulau Mabul…

Sampai kami di sana, dah ramai rupanya Mat & Minah Saleh lengkap dengan diving gear masing2 dok sabar menunggu bot, nak diving kat Sipadan la tu. Jeles? Dak aih, memang sy tak reti nak dive pun :). Err, btw, kenapa kita panggil Mat & Minah Saleh aaa? Why not Mat & Minah Kasim ka, Mat & Minah Johan ka? Boleh buat research studi ni…

Since dah amik pakej, memang dapat sorang satu benda alah ni.
Setakat usung merata je lah, gunanya tak pun 😀

Pertama sekali kami uruskan tugasan utama kami ke Mabul, lawatan ke SK Mabul. Lama juga kat situ, ada dalam 1 jam. Tengokkan sistem sedia ada sambil pastikan semuanya berfungsi dengan lancar. Jangan memain bro sekolah ni, ada broadband lagi. Canggih aaa?  Oh ya, kat pulau ni semua main pakai jalan kaki jer. Keretanya tidak ada baa. Boleh tahan juga beb nak jelajah satu pulau tu. Dari jeti nak ke sekolah ja, amik masa 20 minit. Tiap2 hari macam ni, confirm tak yah jogging dah…

Selesai lawatan tapak, next on the list, kitaorang ke pantai, snorkeling. Alang2 dah sampai ke situ, turun ke laut kita, ye dak? Lagipun, kalau nak balik ke tanah besar, memang tak boleh masa tu @ 1:00 petang. Mana taknya air dah surut kurang lebih 200 meter dari gigi pantai. Alamat, kena tunggu sampai ke petang la, baru boat boleh datang amik.

Masa ni air tengah surut. Lama gak, ada la dalam 4 jam…

Huuii, memang layan betul ambil gambar kat pulau ni. Sib baik bawak 2 lens tu. Dah la air jernih – crystal clear, pantainya memang bersih. Btw, kat Mabul ni, ada a few resorts kalau sesapa nak bermalam, macam Sipadan Water Village (err, mau pikir 10 kali kalau nak tinggal kat sini) dan Sipadan Mabul Resort a.k.a SMART (rasanya satu malam is around RM500).

Aktiviti utama orang tempatan kat pulau ni, memang confirm buat bot. Expert abis…

But don’t worry, for those of you who are on tight budgets but are still interested to visit the islands, Uncle Chang’s offer a good choices of cabins ranging from RM80 – RM140 semalam. Although they are not that comfy (infact the shower and bathroom kat luar bilik, k), tapi ok la, especially for those yang memang kaki diving dan jarang lepak bilik. Setakat nak rehat dan tidur jer…

How to get to Mabul? Kalau from Semenanjung, there are direct flights from KLIA to Tawau Airport. From Tawau, you can either get a taxi, rent a car or get on the bus to get to Semporna. If you decide to catch a taxi, one way trip will cost you RM90 for an hour drive. At Semporna, you can either stay at Seafest Hotel, like we did or at Dragon Inn. Rate for a standard room at the hotel if I ain’t mistaken was RM130.

Memang layan abis kat sini…

Day 5 @ Mabul Island :) …

Teaser dulu, huhu…

Sehari di Mabul Island. One word, Awesome!

Sehari di Mabul Island. One word, Awesome!

Sehari di Mabul Island. One word, Awesome!

Sehari di Mabul Island. One word, Awesome!

Sehari di Mabul Island. One word, Awesome!

Sehari di Mabul Island. One word, Awesome!

Sunset @ Kota Kinabalu…

6:15 petang @ Kota Kinabalu

6:17 petang @ Kota Kinabalu

6:19 petang @ Kota Kinabalu

6:22 petang @ Kota Kinabalu

Day 4 @ Tawau & Semporna…

8:35 pagi @ Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

9:00 pagi @ Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu – Focker 50

9:30 pagi @ Kemuncak Mount Kinabalu

9:32 pagi @ Kemuncak Mount Kinabalu – Simply majestic!

9:33 pagi @ Kemuncak Mount Kinabalu

11:00 pagi @ Lapangan Terbang Tawau

12:20 tengahari @ Petrol Station 🙂

12:50 tengahari @ T-shirt Sipadan Island, unfortunately bukan itu desitnasi kami esok 😦

1:00 petang @ Upcoming one of the 7 wonders of the world?

1:20 petang @ Dragon Inn, Semporna

1:22 petang @ Dragon Inn, Semporna

3:22 petang @ Depan Hotel, Seafest…

Day 3 @ Kota Kinabalu…

1:20 petang @ Kota Kinabalu

1:23 petang @ Kota Kinabalu

1:23 petang @ Kota Kinabalu

1:33 petang @ Kota Kinabalu

1:38 petang @ Kota Kinabalu

1:41 petang @ Kota Kinabalu

1:44 petang @ Kota Kinabalu

1:55 petang @ Kota Kinabalu

2:02 petang @ Kota Kinabalu

2:07 petang @ Kota Kinabalu

Day 2 @ Sepanggar & Tudan…

11:20 pagi @ Pulau Sepanggar

11:23 pagi @ Pulau Sepanggar

12:50 tengahari @ Pulau Sepanggar

12:53 tengahari @ Pulau Sepanggar

1:23 petang @ Pulau Sepanggar