JPN.LM12

Hari ini sy bercuti rehat. Destinasi hari ini – JPN,  Tingkat 7, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor. Nak uruskan cabutan daftar kelahiran Atiqah n Aqif. Yang asal, hilang tah ke mana. Tak dapat nak dikesan.

Errr btw, cuti rehat tahun ni ada balance lagi 20 hari – simpan untuk cuti ramadhan dan aidilfitri tu. Jangan memain pasal cuti2 ni. Sy dah plan dari awal tahun dah. Bak kata mantan KP kami, if you fail to plan, you plan to fail  8)

Masa ni, sijil confirm memang ada lg. Memang tersimpan rapi dalam fail…

Petang semalam, sy ingatkan kena buat report polis dulu. Bila sy tipon JPN, staf cakap tak perlu. Pergi terus ke JPN terdekat, isi borang JPN.LM12. Oh, gitu ka? Aight! Esok pepagi selepas subuh sy datang, Insya Allah…

Jadinya pepagi tadi, selepas hantar Atiqah ke sekolah (selalunya mamanya yang hantar, hari ini bagi Ayu rest kat rumah lak), terus sy bergerak ke Seksyen 9 @ 7:50 pg.

Musti dah lewat ni. Alamat, beratur panjang la nanti. Dulu masa buat passport di Pusat Bandar Damansara, kami sampai pukul 8:00 pagi, dah ramai yang beratur amik no…

Dalam pukul 8:10 pg gitu, sy dah terpacak depan JPN Shah Alam di Tingkat 7. Eh, tak ada orang pun, kosong jer lagi. Cuma ada sorang yang tengah menunggu nombor dia dipanggil dan ada sorang lagi tengah mengisi borang. Terus sy ke kaunter.

“Cik, sijil kelahiran anak saya hilang. Kalau nak dapatkan salinan, kena isi borang apa ya?”

“Hilang ya?”

“Yes, hilang. Tak dapatkan dikesan.”

Diambilnya borang JPN.LM12.

“Encik isi borang ni. Kemudian datang semula untuk amik no.”

“Okay, makasih.”

Tak lama lepas tu, dah lengkap semua diisi, terus saja ke kaunter sekali lagi, amik no – cantik 4004. Kiranya orang ke empat la akan dilayan. Bukannya orang yang ke empat ribu empat…

Sambil2 duduk tu, terperasan piagam pelanggan JPN terpampang kat dinding.

Permohonan Carian/Cabutan Daftar Kelahiran bagi Semenanjung Malaysia – 20 minit

20 minit? Bagus cam gitu. Ingatkan kena amik cuti, datang sekali lagi lepas ni.

Sy tunggu pun tak lama, ada la dalam 5 minit sambil2 baca paper free, The Sun. Lepas tu, no sy naik. Ting tong…

“Salam, saya nak buat cabutan daftar kelahiran anak2 saya.”

“Boleh En. Minta borang dan salinan myKad. Setiap cabutan kena bayar RM5 ya.”

Oh, ya ka? RM5?  Belek wallet, sib baik ada RM25. Fuh, selamat, huhu…

“Ok, En ambil resit ni dan tunggu sebentar yer.”

Tak sampai 10 minit lepas tu, nama saya dipanggil. Siap sudah. Bagus ni, janji 20 minit, deliver 10 minit.

Lesson of the day: Always under promise and over deliver 😀 ….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s