Monthly Archives: April 2010

mySkills-ASEAN ’10 …

Tahun ni, kali pertama sy terlibat dengan mySkills-ASEAN selaku panel juri. Kebiasaannya seperti tahun2 yang lepas, sy tak pernah miss Pertandingan Kemahiran Malaysia. Bertukar angin pula kali ni…

mySkills merupakan pertandingan di kalangan tenaga pengajar yg mempunyai pengalaman mengajar dan bekerja di industri tidak kurang dari 4 tahun while…

Pertandingan Kemahiran Malaysia pula adalah khusus kepada pelatih/pekerja mahir di bawah umur 21 tahun.

Tahun ni dah masuk penganjuran PKM yg ke 19. Kalau dulu Kem. Kerja Raya yang menguruskan semua bidang kemahiran, kini ianya dianjurkan bersama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

KKR akan terlibat dengan bidang yang berkaitan dengan Industri Pembinaan manakala JPK bagi Industri Pembuatan, ICT, Hospitaliti dan Kosmetologi

Yang bestnya, lokasi pertandingan mySkills-ASEAN tahun ni dekat sesangat dgn rumah @ CIAST. Cantik bebenor 😀 …

Advertisements

83 & 50 …

“Mama, Kakak dah dapat paper Bahasa Malaysia hari ni”

“Dapat berapa kali ni?”

“83!”

“Alhamdulillah. Bagus.

Adik, dapat paper apa hari ni?”

“Adik dapat paper Matematik.”

“Hmm, dapat berapa?”

“50…” monyok jer muka boy2 yang sorang ni. Kesiannya…

“Itu la, adik banyak main game, tengok Ben 10, Spiderman…” enterframe pula si kakaknya.

“Mana papernya adik?” muka mama cam tak puas hati jer. Nak kata tak studi, seminggu sebelum exam dah puas ngajo mana yang patut.

“Ni…”

Bila tengok je paper Matematik tu, terus Mama tersenyum. Muka Kakak lak dah kelat semacam.

Mana taknya…

50/50

Mana lak boy2 yg darjah 1 tu nak tau beza, huhu… 😀

Cable Car @ Langkawi…

Once I found out from the Urusetia that we’re heading to Langkawi this year (again), only one thing came into my mind, cable car. Last year, it didn’t materialise due to rain and fog. This time around, Alhamdulillah, I finally got my chance.

Ticket will cost you RM15 (with myKad ~ without it, you have to pay RM30 …

For those of you who are not in good terms with height, errr, better stay away from this journey, huhu…

Sunset @ The Lanai, Langkawi…

Huhu, apsal gambar semua senget aaa? Tahnya, lately rasa cam artistik lak kalau ambil gambar cam gini 😀

Btw, a big thank you to the Urusetia for bringing us here this year. Bengkel sampai pukul 12 tengah malam pun tak terasa. I like 😀 .

Side note: I travelled to Langkawi via Firefly. My second time with the airlines after the trip to Kuala Terengganu last month. Wonderful experience. The planes are new. On time as well. For those staying around Shah Alam and surrounding area, have a go @ Firefly located at Skypark Terminal Subang.

Errr, cuma satu jelah. Since Firefly operates using ATR 72-500, ada sedikit bisinglah masa nak take off. Not sure whether it’s caused by the propellers or the engine. But overall, 2 thumbs up for the experience. And yes, the passengers are boarded using the rear door 😀 …

The Lanai…

* pic taken using my N73.

Abg Oly ada, tp cable lak tertinggal kat rumah. Gambar sunset kat sini kira okay gak. Tunggu k…

Yang ditunggu muncul jua…

Setahun sy menunggu, puas menghitung hari, bulan demi bulan…

Permohonan Kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2011 Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D)

Muncul jua akhirnya. Cantik2 saja timingnya :D. Kebetulan sy baru je selesai mengadap/menghafal nota untuk exam dan pengucapan awam PTK.

Minggu depan pula 4 hari berkampung di pulau di utara tanah air, boleh concentrate nak siapkan proposal paper untuk HLP ni.

Porposal masa interview tahun lepas ada lagi, tersimpan rapi. Tp rasanya nak kena buat minor adjustment skit. Macam2 idea lak yang timbul dlm setahun yang lepas ni. Setahun yang penuh warna warni, full of UPs n downs…

Kawan2, jom apply ramai2. Ada rezeki, Insya Allah kita lalui (semula) QA @ INTAN, apply placement @ Unis etc. Best2 …

Btw, do you know that  a civil servant is  eligible  for 2 HLP Cuti Belajar Bergaji Penuh through out his/her entire service? This applies for kursus jangka sederhana (6 – 12 months) and jangka panjang (1 year and more).

And yes, if just so happened that you’ve just completed your MS either done locally or over the sea, you HAVE to wait for TWO years before even thinking about applying for your PhD scholarship…

p/s – It felt really good to be able to write again. It’s been a while I know…

Rindu yang tak pernah begitu hebatnya …