Berakhir sudah…

10 hari yang begitu meriah…

Pesta Buku Antarabangsa KL ’11 (PBAKL) kali ni sama meriahnya dgn tahun lepas (berdasarkan pengalaman penulis, huhu), naknya hujung minggu kedua (selepas gaji dah masyuk).

Nak melangkah setapak ke depan pun jem, nak makan pun que panjang, nak dpt otograf penulis kesayangan pun mau kena tunggu gak (terutamanya buat peminat penulis tersohor AinMaisarah & Abang RAM)…

Ramai yang merungut, sesak sungguh dalam PWTC tu. Err, meh sini nak bagi tips camna nak pi jalan2 cari buku di PBAKL tahun depan2 (Insya Allah, jika umur panjang) dengan selesa dan hati yang tenang :

  1. Amek cuti satu hari (tak kira Isnin, Selasa, Rabu, Khamis – khas bg yang bekerja di pejabat). Dengan carai ini, pi la pukui berapa pun, Insya Allah boleh cari buku dengan santai.
    • Cuma kekurangannya, kebarangkalian nak berjumpa dengan penulis kesayangan amat tipis sekali disebabkan kebanyakan penerbit cuma sediakan slot bertemu penulis di hujung minggu…
  2. Kalau tak leh cuti, sila datang selepas waktu pejabat (mcm tak cukup masa, tp lebih baik dari bersesak di hujung minggu ~ sama je jadinya nanti)
    • Jangan risau pasal solat (kpd Muslimin/Muslimat), surau memang ada di PWTC.
  3. Nak gak datang hujung minggu (kemungkinan besar utk sesi bertemu penulis kesayangan)?
    • Datang awal @ 8:30 gitu2, khas utk dapatkan parking; yang naik public transportation pun boleh ikut gak ~ tak ramai orang time ni.
    • dan kemudiannya, bersiap sedialah untuk menghadapi  kesesakan yang bakal ditempuhi di kesemua dewan ~ memang tak boleh nak elak, kecuali…
      • anda memang nak mencari buku teks buat anak anda ~ confirm line clear, kecuali kesesakan kecil di pintu masuk PWTC dan ruang legarnya…
      • dan bukannya novel2 yang terhangat di pasaran terutamanya di booth Grup Buku Karangkraf, PTS, Kedai Pink Blink Ain Maisarah, Ana Muslim…
    • kalau nak elakkan perkara di atas, sila pertimbangkan poin yang mula2 tadi (amek cuti 🙂 )

Tips2 tambahan:

  • Sila bawak beg galas, beg troli atau yg sewaktu dengannya
    bila dah mula sakan menyopping tu, baru terperasan ada tiga/empat beg plastik nak kena usung. Mau seminggu kena urut bahu tu…
  • Sila bawak bekalan makan
    makanan di PWTC agak sedikit mahal. Kalau nak singgah di McD/Pizza Hut di seberang jalan nun, sila bersedia untuk beratur panjang dan mencari tempat duduk…
  • Sila dapatkan peta booth/dewan nak dituju
    Boleh sesat wooo, jangan buat main…

Satu soalan yang sering ditanya, “Awat nak pi juga kalau dah tau lagu tu?”

DISKAUN! 😀 . Memang tak ingat punyalah, huhu…

Errr, tahun ni penulis pun bertugas gak; selaku; PA @ Tukang tangkap gambar @ Tukang jaga anak @ Pengurus 25% 8) …

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s