Cinta sekadar mainan jiwa…

Yang ditunggu telah tiba. Selepas 2 tahun menyepi diri, novelis Ayu Emelda kini tampil dengan karya yang pasti menyentuh hati menikam kalbu…

Cinta Kepala Batu kini di pasaran!

PERTEMUAN Syaira dan Adam bermula dengan salah faham. Akibatnya, Adam memendam gelora rasa dan Syaira pula menyimpul benci di dada. Mereka berbicara, tetapi dengan bahasa tidak sekata dan pandangan berlainan cara.

Namun, hidup manusia tidak pernah lari daripada ujian. Ketulusan dan kejujurannya selalu dipertikaikan. Pengorbanan nya sering dibayar dengan hinaan. Dia kian lemah dilanda badai dan gelora. Akhirnya, dia pasrah pada setiap kehilangan… dan ketentuan…

Jom dapatkan senaskah hari ini! Borang Langganan

Tinta Penulis:

Assalamualaikum… Syukur ke hadrat ALLAH kerana CINTA KEPALA BATU akhirnya menjadi sebuah karya setelah hampir dua tahun setengah lamanya digarap dan disusun agar menjadi sebuah jalan cerita yang dapat dikongsi bersama pembaca.

‘Hidup setiap insan tidak pernah sunyi dari ujian…’

Bait-bait itu mencetuskan tema bagi CINTA KEPALA BATU di mana kisah seorang gadis, Syaira yang tidak henti dilanda dugaan demi dugaan terjalin dalam kesedihan dengan kehilangan insan-insan yang disayangi.

‘Sabar itu separuh daripada iman…’

Di situlah wataknya teruji untuk berdepan dengan segala rintangan mendatang. Jatuh dan bangun adalah adat resam sebuah kehidupan, hanya iman dan takwa yang membezakan sejauh mana kekuatan insan dalam berpaut pada qadak dan qadar.

‘Cinta itu adalah satu anugerah dari ILAHI…’

Karya ini tidak lari dari aspek cinta, cuma bezanya watak Syaira cuba menafikan naluri itu walaupun dia tetap berjuang demi sebuah kebahagiaan. Hinggalah pada satu ketika dia terpaksa akur bahawa hukum alam itu nyata… dan dia tidak mampu lari daripadanya.

‘Yang baik itu tauladan, yang buruk jadikan sempadan…’

Selamat membaca kepada semua pencinta novel. Andai ada kesempatan, kita bertemu di lain lembaran.

Salam Sayang, AYU EMELDA

Pengurus – Jangan lupa datang Karnival Karangkraf di Shah Alam hujung bulan depan aaa 😀 …

2 responses to “Cinta sekadar mainan jiwa…

  1. Cayalah Ayu Emelda, rajinnya menulis. Ni kes suami isteri rajin menulis ni. InsyaAllah, will get the book. 🙂

  2. Thanks DeLinn for the support! Bulan depan kalau berkesempatan, jemput datang ke karnival Karangkraf. Jumpa di sana 😀

Leave a reply to DeLinn Cancel reply