Monthly Archives: April 2009

Tipon…

Aduh. Tipon LG sy tu rosak lak. Speaker kong. Rasanya jadi lepas balik bengkel kat Langkawi hari tu. Mabuk laut kot 😉

Bila orang cakap sy boleh dengar, bila sy cakap diaorang tak dengaq apa2. Sedih ni, sayang betul sy dengan tipon ni. Orang hadiah 😀 …

Dah dekat 2 minggu lebih dok main sms jer. Yang paling best sekali, last week lepas interview tu, saya terima call dari nombor yang tak ada dalam phone book. Ingatkan sapa, sy sms jer.

“Salam, boleh sms saya? Speaker phone rosak. Khairil”

10 saat lepas tu, dapat reply.

“Salam Khairil. Call saya semula sekarang. Pengarah Kanan …”

Ha, kelam kabut sy cari phone masa tu, wakakaka. Tu la padahnya kalau tetiba jer phone kong.

Nasib baik bahasa sms yang saya guna tertib gak. Cubanya sy buat style sms dengan kengkawan.

“Aku tengah meeting la. Sejam dua nanti, hang call aku balik.”

Adus, memang tak boleh bayangkan kalau sy send sms yang kat atas ni instead. For sure pagi2 besok pink form dah ada atas meja. Paling kurang pun kena pi INT*N, hadir kursus “Teknik Berkomunikasi Berhemat”, wakakaka…

Dari dulu sy suka tipon yang simple dan tak banyak features. Nokia yang basic, 5110 tu, sy pakai dekat 3 tahun. Janji, boleh tipon orang, boleh sms, boleh jadi alarm clock, kira dah orait dah…

Tapinya lately ni, terasa kena cari yang extra skit. Yang boleh check email/fb/web surfing. Selalu outstation. Kalau tidak memang jenuh la sy, setiap kali pi hotel kena lepak kat lobi sampai tengah malam kekadang.

“Wi Fi ada disediakan di lobi hotel sahaja Cik.”

Faiz, dah ada phone dalam bajet yang abang bagi tu? Jangan canggih sangat. Remember, less is more, okay?

Note to self…

Ayien, hang jangan buat lawak. TOLONG beli buku di atas hari Ahad ni, k?

Panggilan anda adalah amat penting bagi kami…

Panggilan anda adalah amat penting bagi kami. Sila tunggu sebentar sementara kami menyambungkan anda kepada pegawai yang bertugas….

Errr, 5 minit lepas tu…

Panggilan anda adalah amat penting bagi kami. Sila tunggu sebentar sementara kami menyambungkan anda kepada pegawai yang bertugas….

The scene above happened to me a LOTs of time with some of the local banks/telcos etc. Talks about customer service and user experience, huh?

Every month, I have (baca: paksa rela) to make a call to this one particular bank in the States. Bayar cc. Tak banyak, cumanya since I own a student cc, interest jadi very minimal. So, tak kisah sangat.

Bila dail je nombor diaorang, within 10 seconds dah dapat cakap dengan their customer personnel. Seminit je dah selesai semuanya. Ini baru GREAT user experience. Tak ada kena tunggu lama sambil dipaksa dengar lagu yang tah apa2 tu…

Grilled…

What an irony. Baru terperasan.

Isnin lepas, paginya sy kena grilled, non-stop for almost a full hour by four of our my department head honchos, chaired by the man himself. This kinda of grill I can take Insya Allah, the one that I’m well prepared for of course 😉

Petangnya @ 3:30, time sy pula grill orang, huhu. Jangan takut, sy jenis yang tak makan orang punya…

Kakak & no. 2 ;)

Dialog petang semalam…

Kakak: “Abah, I got no 2.”

Abah: “No 2? Apa yang no 2 nya?”

Kakak: “Tadi teacher cakap kat kelas. Kakak dapat no 2 dalam kelas masa exam baru ni.”

Abah:  *speechless…

Alhamdulillah, she really suprised us yesterday with the great news. We never saw this coming, really. Realising her BM is just so and so since coming back home, we just advised her to take it easy for the exam she sat last month.

You Go girl! Abah, Mama and Aqif are really happy for you…

Terkenang zaman dulu2…


Tempat melepak sambil window shopping lepas habis kelas circa ’97

Pitching n Buy-in

Lanjutan dari kisah interbiew sy semalam, teringat pula time buat presentation kat RPI dulu. Masuk bab pitching untuk mendapatkan buy-in from the audience ni, memang selalu kami kena buat. Setiap kelas bagi setiap semester. Tak pernah miss…

Memandangkan sy sorang jer Malaysian, biasalah English tu jadi Manglish. Pronounciation sah2 tak sama macam American. Itu baru sebutan, tak masuk teknik untuk pitching lagi. Asyik kena kritik dan hentam jer.

Tapi mengenangkan kebaikan untuk masa depan, sy tempuh jer. Malu salah pronounce tu belakang kira. Yang penting kena berani buat public presentation.

Alkisahnya, sebelum sy masuk belajar, kat opis ni dah biasa bagi lecture. Tp setakat tu jelah. Satunya dalam bahasa ibunda, satu lagi sekadar nak menyampaikan maklumat. Tak ada la nak masukkan sekali teknik2 camna nak bagi presentation jadi lebih persuasif dan meyakinkan…

Sampai di RPI, sy terperasan something. Americans ni (tak kira, undergrads or post-grads), kalau buat presentation, mesti macam style start-up company yang tengah cuba nak dapatkan keyakinan venture capital untuk invest dalam projek juta2 diaorang. Penuh bersemangat. Padahal, cuma nak present assignment jer pun.

For them, it’s important to get buy-in from the audience. Ye lah, dah penat2 siapkan assignment n presentation tu, alang2 baik buat yang terbaik…

Jadinya sy pun amik iktibar dari situasi tu. Bukan senang mulanya. Maklumlah, orang Asia. Susah skit nak jual diri sendiri – cerita semua yang bagus jer, kalau ada problem/hurdles mana, akan diafsirkan sebagai challenges dan bukannya problem.

Apa2 pun sy banyak berterima kasih kepada rakan2 dan profesor kat sana yang tak pernah jemu memberi kritikan berguna kepada sy. Memang berguna betul pengalaman tu. Dapat sy terjemahkan semalam @ Tingkat 5, Alhamdulillah…

Alhamdulillah…

Alhamdulillah, everything went really well for me this morning @ Tingkat 5.

Memula sekali, tima kasih buat semua (friends, colleagues, my family kat Alor Setar dan Shah Alam 😉 ) for all the best wishes I got, banyak dapat thru Eff Bee, huhu…

Tak lupa buat Kak Ina, Kak Siti, Kak Mar, Intan, Kak Fuah yang tolong sy comb binding my presentation’s handout 😀 . Sorry ler, tengah sedap dok makan nasik lemak pagi tadi, tetiba jer kena tolong sy. Esok sy janji bawak coklat from Langkawi…

Sy sampai @ Tingkat 5 dalam pukul 8:50 pagi gitu2. Just nice. Tp sampai2, urusetia dah tegur.

“Blazer mana En Khairil?”

“Errr, kena pakai ka?” (sambil garu kepala yang tak gatal)

“Kena sesangat. Untuk Ph.D pula tu.”

“Oh, itu macam ka?”

Terus sy naik ke Tingkat 16, nak pinjam blazer. Nasib baik ada. Ngam2 lak tu.

Pukul 9:30 gitu2, sy dah ada dalam bilik interbiew. Nak dipendekkan cerita, sy amat berpuas hati dengan persembahan pagi ini kepada jawatankuasa pemilihan. Walaupun ada juga jawapan yang terjun ke laut (orang tanya lain, sy jawab lain), tp keseluruhannya, Alhamdulillah…

As for now, I shall have to wait and see. Kalau ada rezeki, Insya Allah…

Interbiew @ Tingkat 5

Wish me Luck! My interview will take place at 9:00 am tomorrow @ Tingkat 5. And now, I’m in the middle of putting the final touch to my presentation…

Sebelah mata dok mengadap PC, yet yang sebelah lagi dok layan Man Yoo lawan the Toffees..

Soalan yang pelik orang tanya pagi2 cam gini…

“Khairil, u tak pergi berlakon ke hari ini?”

Sy jawab pula, “Oh, hari ini sy kena buat presentation laman sesawang. Esok sy sambung shooting.”

Erkkk???